View: 2729|Reply: 6
|
"Hidup Lebih Baik Lepas Bercerai,"- Adam Shahz Tak Sedih Langsung Raya
[Copy link]
|
|
Walaupun tanpa kehadiran isteri di sisi, Adam Shahz langsung tiada sebab untuk bersedih.
Pelakon ini sudah cukup gembira untuk meraikan bersama anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 3.
Foto: Instagram
"Alhamdulillah kehidupan saya lebih baik dan teratur selepas bercerai... nak kata keseorangan raya ini jawapan saya tidak.
"Anak menyambut Aidilfitri dengan saya tahun ini, tiada apa perlu disedihkan.
"Insya-Allah kami dua beranak akan pulang ke kampung saya di Melaka dan semua persiapan pun sudah dilakukan," katanya kepada mStar Online.
Foto: Carian Internet
Sebelum ini Adam pernah berkahwin dengan artis kontroversi Fatin Afeefa pada 21 Disember 2013 sebelum bercerai pada 30 Mei 2017.
Tambahnya dia tidak pernah berasa kekok untuk menguruskan anak perempuannya kerana sebelum ini juga telah menjadi tugasnya untuk menyediakan semua kelengkapan dan keperluan mereka.
Foto: Sinar Harian
"Saya tak pernah rasa kekok bergelar bapa tunggal kerana sebelum ini pun saya memang sudah terbiasa uruskan semua benda dalam rumah tangga.
"Ada hikmahnya saya buat semua benda sebelum ini kerana sekarang saya tidak berasa kekok malah rasa seronok dapat buat semua sendiri untuk anak."
Semoga Adam cepat-cepat bertemu jodoh semula ya. Amin. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Muka dia ni jenis muka budak budak motor lepak bawah flat.
Oklah adam, kalau bahagia solo, oklah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sentap sgt ayat tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
besarkecik: Muka dia ni jenis muka budak budak motor lepak bawah flat.Oklah adam, kalau bahagia solo, oklah tu
Muka dia sebijik muka indon depan umah aku |
|
|
|
|
|
|
|
laki bini sendu. who cares |
|
|
|
|
|
|
| |
|