Foto : FB The Bikers Rangers
Tradisi menyambut raya sangat meriah dengan kepulangan semua ahli keluarga. Yang paling seronok mestilah kanak-kanak kerana akan mendapat duit raya daripada sanak saudara yang lebih tua. Maklumlah, jika banyak rumah yang dikunjungi, maka banyak juga RM yang diperoleh.
Namun, satu post di Facebook mengenai pemberian kreatif duit raya menjadi perdebatan dalam kalangan netizen. Ada yang tidak kisah tetapi ada pula yang menyatakan ia cara yang salah.
Melihat duit sebegini pastinya mengingatkan kanak-kanak zaman 80an dan awal 90an dengan permainan tikam-tikam. Namun, ia berbeza kerana tiada pertaruhan wang diperlukan, sebaliknya ia mirip kepada cabutan bertuah.
Namun begitu, tidak semua yang bersetuju kerana menganggap ia akan mendedahkan kanak-kanak kepada judi.
Maklumlah, apabila jumlah duit raya yang diperoleh tidak sama, maka akan menimbulkan ketidakpuashatian dalam kalangan kanak-kanak sendiri.
Walaupun ada yang merasakan pemberian duit raya seperti ini tidak adil, namun ada sahaja yang sudah melakukannya bertahun-tahun.
Walau apapun, diharapkan ibu bapa dapat mendidik anak-anak bersabar serta tidak merungut dengan pemberian duit raya sama ada sikit atau banyak. - CARI |