Sejak drama Nur disiarkan pada awal Ramadan, ia telah berjaya mencetuskan fenomena yang tersendiri. Bukan sahaja dengan kehadiran pelakon-pelakon yang hebat tetapi jalan ceritanya yang sangat menarik telah menjadikan ia drama terbaik dan diminati ramai penonton.
Paling menarik ialah babak berkenaan ‘sup bunjut’ yang disiarkan pada episod 16. Ia telah menjadi trending di media sosial setelah Norkhiriah yang memegang watak sebagai Aisyah mencelup tangan ke dalam mangkuk berisi sup dan menjumpai sup bunjut yang dikatakan digunakan oleh Nur untuk menyihir mereka sekeluarga.
Netizen yang menonton drama tersebut masing-masing menaikkan status di media sosial gara-gara terhibur dengan babak tersebut. Ramai yang tergelak dan ketawa kerana terhibur dengan lawak tersebut. Maklumlah, babak sebelum ini kebanyakan serius dan sedih.
Netizen juga seperti tidak dapat menerima bahawa ada juga orang perempuan yang tidak kenal sup bunjut. Jadi, Kalau dah perempuan tu, kenalah rajin masuk ke dapur. Betul tak?
Kalau Orang lelaki yang tidak kenal sup bunjut tu, boleh diterima lagi.
Yang kelakarnya, ramai netizen yang cuba meneka tentang ‘sihir’ yang dimaksudkan sebelum babak itu dimainkan. Rupanya betullah ianya sup bunjut yang dimasukkan dalam masakan Nur.
Netizen turut mendapat pengajaran daripada drama Nur lebih-lebih lagi tentang sup bunjut tersebut. Lain kali, jangan bersangka buruk dengan orang tau!
Gara-gara tular mengenai sup bunjut, ada netizen yang baru mula hendak menonton drama Nur. Nampaknya lagi tinggilah rating drama Nur selepas ini walaupun hanya tinggal beberapa episod sahaja lagi.
Tahniah diucapkan kepada produksi drama Nur yang berjaya menghasilkan drama yang sangat menarik dan penuh dengan mesej. Harap-harap selepas ini akan ada banyak lagi drama yang boleh memberi banyak pengajaran kepada penonton. - CARI
|