View: 4222|Reply: 23
|
[Tempatan]
Saya tak tau apa motif dia...
[Copy link]
|
|
“SAYA jarang tidur awal, kadang-kadang sampai ke waktu Subuh pun saya masih tidak tidur. Selain itu, saya mudah terjaga dari tidur, kalau bunyi pintu terbuka pun saya akan terjaga.
“Tapi awal pagi tadi, saya tak dengar apa-apa ketika walaupun anak bongsu saya yang berada di sebelah dibawa lari oleh individu yang tidak dikenal pasti,” kata Siti Noorfadilah Yusofe.
Siti Noorfadilah, 30, ibu kepada Nur Aisyah Hasmizan, 17 bulan, yang dibawa lari oleh individu tidak dikenali selepas memecah masuk kediaman mangsa awal pagi tadi berkata, dia juga jarang tidur awal kerana sering berjaga hingga ke waktu Subuh.
Katanya, selain itu, dia bersama suami dan empat anaknya juga akan tidur dengan ibu dalam bilik yang sama berikutan keadaan kesihatan ibu yang agak menurun dan agak mustahil jika ada orang lain masuk ke dalam bilik tanpa disedari.
Tambahan pula, individu yang mahu mengambil Nur Aisyah perlu melangkaui anak sulung dan ibu beliau yang tidur di atas tilam yang diletakkan di lantai, manakala dia bersama suami dan tiga anaknya di atas katil dengan Nur Aisyah betul-betul di sebelahnya.
Katanya, sebelum kejadian, dia membawa ibu, Minah Basiran, 68, keluar ke bandar untuk makan sempena hari lahir ibu, manakala semua anak yang berusia setahun hingga 10 tahun termasuk Nur Aisyah tidak dibawa bersama kerana ditinggalkan tidur bersama suaminya, Hasmizan Othman, 35, di rumah.
“Saya pulang ke rumah kira-kira jam 2 pagi. Lepas sampai rumah, mak terus tidur manakala saya menonton televisyen di bilik tidur sama. Entah kenapa, saya mengantuk malam tadi dan saya menutup televisyen di kira-kira jam 3 pagi dengan anak bongsu tidur bersebelahan di sisi saya.
“Saya hanya menyedari kehilangan anak bongsu saya pada jam 5 pagi. Pada mulanya saya tak perasan ketiadaan anak bongsu saya itu kerana sekadar bangun selepas mak memberitahu pintu belakang rumah terbuka dan juga untuk menyiapkan makanan bijirin untuk anak sulung saya bersahur.
“Selepas itulah saya masuk bilik dan mendapati Nur Aisyah tiada di atas katil. Saya cuba mencarinya di serta tempat di dalam rumah termasuk di bawah katil tetapi tiada. Keadaan dalam rumah pun tidak berselerak seperti dipecah masuk kecuali dua telefon bimbit saya dan anak hilang.
“Bagaimanapun, beg tangan saya yang mengandungi dompet saya dan mak pula tidak diambil pula,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap di Muar, hari ini.
Siti Noorfadilah berkata, dia tidak tahu apa motif individu terbabit yang membawa pergi anak bongsunya itu kerana beliau tidak pernah bergaduh, bermusuh atau berlaku perkara yang tidak baik dengan lain dan sehingga kini pun beliau tidak tahu untuk mengesyaki sesiapa kerana tidak mempunyai musuh. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat ditemui and ada penyelesaian.. kesian dia nak menanggung semua nie. hilang anak boleh buat gila ooo.. |
|
|
|
|
|
|
|
Da jumpe kan..tp tula harap tak de dibuat apa apa kt budak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
semoga akak ni consistent dengan cerita dia la baru orang percaya.. jgn bertuko2 version..
pelik kat sini,
1. sambut Hari Lahir ibu bedua je.. suami ngan anak anak x join.. selalu org celebrate seisi keluarga
2. Keluar bando sampai kul 2 pagi.. ibu dia 68tahun nk pulak merayau lewat malam
3. orang jahat cuma ambil hp dan baby je |
|
|
|
|
|
|
|
akak pun rasa pelik jugak masa baca statement dia tu....tp mungkin dia ada alasan lain kot. malas nk bawak anak berderet ke kedai makan...ntah lah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap baby tak diapa-apakan lah |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya aku lagi tak paham cerita kakak ni
ada versi yang lebih jelas tak
|
|
|
|
|
|
|
|
cerita beliau macam diragukan juga..
macam ada yang berdendam je.. |
|
|
|
|
|
|
|
budakshinchan: semoga akak ni consistent dengan cerita dia la baru orang percaya.. jgn bertuko2 version.. pelik kat sini, 1. sambut Hari Lahir ibu bedua je.. suami ...
Maksudnya akak ni propa ke cemana? |
|
|
|
|
|
|
|
Moral of the story.. pola tidur yang teratur adalah penting utk kesihatan dan kecerdasan. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau baca kat atas kesihatan ibunya yg menurun...maknanya ibunya tak brp sihat la kan..tapi boleh bawa keluar smpi 2 pagi...Allahua'lam.
|
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 8-6-2018 12:29 PM
Maksudnya akak ni propa ke cemana?
mcm ada rahsia di sebalik cerita |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 8-6-2018 02:19 PM
kalau baca kat atas kesihatan ibunya yg menurun...maknanya ibunya tak brp sihat la kan..tapi boleh ...
hmmm kannnn.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun pelik sebab dia kata kesihatan ibu dia tak berapa ok tp boleh pulak keluar merayau smpi pagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
citer dia ni mcm pelik..
mak nya tu dlam sakit2 boleh pulak berembun balik 2 pagi..
ke masih ada yg tersirat...
x pasal2 ank jd mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
shiedafaizal replied at 8-6-2018 04:04 PM
aku pun pelik sebab dia kata kesihatan ibu dia tak berapa ok tp boleh pulak keluar merayau smpi pa ...
mak.. husband dia membisu je ker.. xde org interview dia |
|
|
|
|
|
|
|
adakah nepal itu skendel sheoul?????
|
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade replied at 8-6-2018 04:57 PM
adakah nepal itu skendel sheoul?????
atau ada yak mengkambinghitamkan Nepal Nepal tersebut utk cover kesalahan |
|
|
|
|
|
|
|
budakshinchan replied at 8-6-2018 10:11 AM
semoga akak ni consistent dengan cerita dia la baru orang percaya.. jgn bertuko2 version..
peli ...
Kannnn. Bapak iols pun kalau keluar malam, setakat sejam je. Pastu dia bising ajak balik |
|
|
|
|
|
|
| |
|