Bulan Ramadan bakal tiba ke penghujungnya tidak lama lagi. Semestinya ramai yang teruja untuk menyambut Aidilfitri, meriah dengan lemang dan ketupat.
Tak dilupakan, berkunjung ke rumah sanak saudara sebab pada hari raya sahajalah nak rasa kenikmatan berkumpul beramai-ramai.
Sesetangahnya pula memilih untuk menziarah kubur pada hari tersebut.
Namun perkara ini menjadi perbalahan netizen di Twitter. Katanya menziarah kubur di Hari Raya Aidilfitri itu adalah perbuatan yang sia-sia.
Sepatutnya hari raya adalah hari untuk bergembira dan bukannya meratapi orang yang telah pergi.
Ada yang bersetuju dan ada juga yang menentang kata mereka, ada selagi tidak melakukan perkara syirik, tiada apa yang perlu dirisaukan.
Ada juga yang tidak bersetuju.
Apa pula pandangan anda berkenaan isu ini? -CARI |