CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2148|Reply: 10

Suspek Ugut Bunuh PM Dalam Facebook Bukan Ahli Kami- PEKIDA

[Copy link]
Post time 4-6-2018 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Seorang anggota Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) membuat ugutan jenayah mahu berperang dan menembak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.di laman Facebook.


sumber : www.freemalaysiatoday.com



Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memaklumkan pihak polis terima aduan orang ramai berhubung ugutan tersebut pada 31 Mei.


Susulan itu pihak polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek berusia 38 tahun untuk bantuan siasatan lanjut.


"Bagaimanapun, suspek terbabit mendakwa akaun Facebooknya telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah Fuzi kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.


Pun begitu, Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) menafikan seorang ahlinya ditahan polis baru-baru ini.


Menurut Yang Dipertua PEKIDA Selangor, Mohamad Syahrir Abdul Aziz, pihaknya mendapati tiada rekod suspek itu mempunyai kaitan dengan PEKIDA setelah semakan ahli dijalankan.


"Kita mahu nafikan, individu ditahan polis bukan daripada ahli PEKIDA." - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2018 04:55 PM | Show all posts
id forum aku pun kena ceroboh oleh orang tak bertanggungjawab...kalau tak aku pun taraf macai penyanjung peliwat dan pembohong dan pengampu sepet..wakakakakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 05:18 PM | Show all posts
asal kantoi je kena hack.. kejadah
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan dan kena ceroboh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 05:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana msg dia? Silap2 mamat ni kena blsh sbb memalukan pertubuhan
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian jadi mental sebab BN tumbang. ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2018 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau iolls, iolls check bila dia buat fb tuh.. yolah kekadang macai ne bodoh sikit... guna satu akaun utk bash org jah yakni akaun sendiri.. bila kena report baru gelabah nak buat baru..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 06:06 AM | Show all posts
samasam90 replied at 5-6-2018 05:58 AM
kalau iolls, iolls check bila dia buat fb tuh.. yolah kekadang macai ne bodoh sikit... guna satu aka ...

baru semalam kaka minta kebenaran dari admin 1 fb grup ni
untuk ROFL sorang macai
katanya PH sibuk nak cancel High speed Rail gi SG tu
sanggup bayar 500mil denda,  SEPARUH daripada HUTANG NEGARA 1 TRI katanya beriya iya kau

hahahaha ada hati nak bash
beza  million, billion dan trillion  pun masih gagap

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2018 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Haram kan pekida
Pembuat onar dlm mskt
Jahanam anak2 muda
Sembang kencang
Habuk pun tarak
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 09:40 AM | Show all posts
Pakai bangle besar2 dekat tangan utk menunjukkan bahawa dia ahli pekida aka abg long kawasan. Itu adalah stail mereka
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahli Pekida ni ke yang kat FB letak nama Datuk Paduka, Ayahanda bagai tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.054236 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list