CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6548|Reply: 86

[Tempatan] Kerosakan dilakukan BN luar jangka, kata Dr Mahathir

  [Copy link]
Post time 2-6-2018 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah lebih teruk daripada yang disangkakan sebelum ini, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad malam ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 1 Jun, 2018.

KEROSAKAN yang ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah lebih teruk daripada yang disangkakan sebelum ini, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad malam ini.
Katanya kerosakan-kerosakan ini telah menyulitkan usaha-usaha Pakatan Harapan (PH) untuk menunaikan 10 janji pilihan rayanya dalam tempoh 100 hari.
"Kita mencapai kemenangan yang membawa bebanan yang besar. Sebelum itu kita tidak tahu setakat mana kerosakan itu,” katanya semasa berucap di majlis berbuka puasa bersama rakyat Langkawi di Masjid Al-Hana di Langkawi.
Ini merupakan majlis pertama rasmi Dr Mahathir di sini selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh berikutan kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.


Dr Mahathir sendiri memenangi kerusi Parlimen Langkawi dalam pilihan raya itu dengan majoriti 8,893 undi menewaskan calon BN, Ir Nawawi Ahmad dan calon PAS, Zubir Ahmad.
Dr Mahathir yang turut diiringi isterinya Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir di majlis itu turut menyatakan penghargaannya kepada pengundi di Langkawi kerana memilih PH dalam PRU14.
Katanya PRU14 telah menyebabkan perbalahan politik semakin meningkat tetapi suasana ini tidak boleh menyebabkan hubungan sosial di antara anggota masyarakat tergugat.
“Saya harap dengan selesainya pilihan raya ini masyarakat di Langkawi dapat bercantum semula. Janganlah jadi terlalu marah sehingga tidak dapat berbaik semula,” katanya.
Pada majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 orang itu, beliau bersama isteri dan Mukhriz turut menyampaikan sumbangan Yayasan Islam Negeri Kedah kepada golongan yang memerlukan di sini.

Dr Mahathir tiba di Langkawi petang ini dari Kuala Lumpur dan memulakan acara rasminya dengan mengadakan pertemuan dengan ahli Bersatu dan persatuan Hindraf di Langkawi. – Bernama, 1 Jun, 2018.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2018 10:43 AM | Show all posts
Siapa yang sedang merosakan Malaysia?..

Baru-baru Perdana Menteri telah mengumumkan pembatalan HSR yang telah meleburkan sebanyak lebih 70,000 peluang pekerjaan...
Beliau juga telah menghapuslkan GST yang telah menyebabkan negara kerugian sebanyak lebih kurang RM40Bilion setahun...
Perdana Menteri juga telah menggembar-gemburkan isu-isu berkaitan ekonomi yang menimbulkan kepanikan ekonomi sehingga menjatuhkan pasaran saham dan menyebabkan pelabur mengambil sikap negatif terhadap ekonomi Malaysia...

Siapa yang sedang merosakan Malaysia?..


Petikan : FB | Isu Politik Semasa
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
apa yg rosaknya
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Dan2 kerosakan besar.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 10:59 AM | Show all posts
Mohon senaraikan kerosakan2 tersebut. Kami nak baca.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Haah, boleh tak list down kerosakan2 tu... seryes nak tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2018 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Samada penyokong PH mengaku atau tidak, mereka mengundi PH pada PRU14, bukan disebabkan janji manis manifesto PH sangat pun, ataupun atas faktor Tun M.
Yang penting bagi mereka ialah menjatuhkan kerajaan BN yang korup tu.
Jadi, samada kerajaan PH dapat tunaikan janji manifesto 100 hari tidak penting pun bagi penyokong PH, kita tidak mahu Tun dan kerajaannya dalam keadaan kelam-kabut demi merealisasikan janji 100 hari mereka itu. Take your time, Sir.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 11:12 AM | Show all posts
Pada wa lah ....Kalau negara rosak...rakyaat tak akan mampu derma sebanyak ini....dalam masa 2 hari






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2018 11:13 AM | Show all posts
padahal tokoh2 yang merosakkan BN tu semua anak didik Mahathir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2018 11:57 AM | Show all posts
Kerosakan bermula sejak Mahathir memegang tampuk kepimpinan Malaysia .
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 12:10 PM | Show all posts
Addministrator replied at 2-6-2018 11:57 AM
Kerosakan bermula sejak Mahathir memegang tampuk kepimpinan Malaysia .

Aku teringat kata2 seseorang menggelarkan seseorang itu BAPA PELINGKUP NEGARA & KEPALA PEROMPAK di Youtube.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2018 12:15 PM | Show all posts
sejak zaman itulah bermula era :-

1) kronisme
2) nepotisme
3) kleptorisme
4) komunisme
5) diktatorisme
6) liberalisme
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 2-6-2018 11:12 AM
Pada wa lah ....Kalau negara rosak...rakyaat tak akan mampu derma sebanyak ini....dalam masa 2 hari  ...

logik je abam mat... total rakyat malaysia dalam 30juta... kalo sorang seringgit, dah boleh dapat dah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam dejavu, sejak dia canang 1 Trillion tu aku dah agak dah akan ada 1 hari Madey cakap "disebabkan kerosakkan yg sangat besar ditinggalkan Najib, ia telah menyukarkan Pakatan Harapan utk memenuhi janji 100 hari..".

Dey..madey ni ex-pm. Jangan bohong if he doesn't have loyal supporter/employees yg still keje dalam government, yang update him perihal negara dari semasa ke semasa. Before PRU pun he said "saya memang taknak dah, tapi ramai orang datang kepada saya.." siapa orang tu? Yang datang menghadap tu...kalau bukan rakan sejawatan, takkan kroni kot So takyah bohong macam kau taktahu keadaan ekonomi and in & out negara Madey time kau laungkan manifesto-manifesto kau tu.

Compared to previous PMs, Madey siap tubuhkan Council of elders (COE) lagi. Guan Eng pun siap amik extra 2 orang lagi to help him...so takkan nak tunggu 10 tahun jugak? For me, its such an insult to Madey and COE's capabilities kalau betul lah apa yg rakyat kata "..give Madey & the government more time to apply those changes.." Coz bagi I, with kepandaian Madey + Ministership + 5 COE yg some say very-very intelligent tu...so to be fair at very least manifesto 100 hari tu boleh ditepati secepatnya ye tak? And what kind of kerosakkan? We wish to know.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 2-6-2018 11:11 AM
Samada penyokong PH mengaku atau tidak, mereka mengundi PH pada PRU14, bukan disebabkan janji manis  ...

Stuju ngan u spidey...ABU.... aslkn bukn umno....vongok sgt kita kalau mbiarkan terus geng perompak mntdbir negara..
Keroskan yg tun m maksudkan tu...habis Mara...felda...perkeso...Tabung haji...kwsp...semua jibby buat taik..asal ada lobang dia nak merompak..dia letak balaci jd ceo..pengerusi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Konahhh replied at 2-6-2018 01:22 PM
Macam dejavu, sejak dia canang 1 Trillion tu aku dah agak dah akan ada 1 hari Madey cakap "disebabka ...

Konah bawah bertenang..huhh..x patut jugak tun m cm mcm ni. Najib hanya menyambung hutang aja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2018 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 2-6-2018 11:12 AM
Pada wa lah ....Kalau negara rosak...rakyaat tak akan mampu derma sebanyak ini....dalam masa 2 hari  ...

Itulah, mesti ekonomi rakyat paling terkesan kan bang @MatDeghem. And ni bukannya semua rakyat Malaysia bagi sorang RM1. Cause tak semua setuju pasal tabung termasuk la me and my colleagues. So maknanya yg derma ni walau tak ramai, tapi jumlah dermanya besar.

I tengok ada derma RM30, RM100, RM500 and lebih lagi pun ada. So adakah itu menunjukkan ekonomi negara dan rakyat tengah dalam kerosakkan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Konahhh replied at 2-6-2018 01:22 PM
Macam dejavu, sejak dia canang 1 Trillion tu aku dah agak dah akan ada 1 hari Madey cakap "disebabka ...

Whareverrrrrrrr asalkan Bukan BN
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah BN dah xde...harap PH hari ni x buat taik mcm yg BN buat....xde bail out kompeni anak sendiri....xde bg projek kat kroni2 je .....xde cantas2 org yg x stuju dgn die ala2 die maksum kekdahnye
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Addministrator replied at 2-6-2018 12:15 PM
sejak zaman itulah bermula era :-

1) kronisme

Madey Bapak Pelingkup Negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.078034 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list