CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2781|Reply: 38

[Tempatan] Lagi permintaan Malaysia Baru

[Copy link]
Post time 28-5-2018 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Berita harian

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan meneliti dan mempertimbangkan 25 tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF 2.0) termasuk berkaitan tanah rancangan FELDA dan kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).

"Kita akan mempertimbangkan tuntutan (HINDRAF2.0) itu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, hari ini.

Perdana Menteri mengulas tuntutan HINDRAF 2.0 supaya kerajaan menyediakan tanah seperti tanah rancangan FELDA kepada kaum India yang berpendapatan rendah, selain membuka kemasukan UiTM kepada semua kaum.



Ketua Umum HINDRAF, P Uthayakumar, dilaporkan berkata mereka menuntut supaya UiTM yang diwujudkan khusus untuk Bumiputera dan Melayu dibuka untuk semua kaum terutama kaum India dari golongan B75.

Memorandum mengandungi tuntutan itu diserahkan kepada kerajaan menerusi Majlis Penasihat Kerajaan hari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2018 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku part meritokrasi ni aku setuju je..  Bukan susah pon nak score..  Antare malas dengan rajin je..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 09:37 PM | Show all posts
Cacai mana entah aritu kata kaum bukan bumi takkan minat masuk uitm
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 12:20 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 28-5-2018 09:14 PM
Aku part meritokrasi ni aku setuju je..  Bukan susah pon nak score..  Antare malas dengan rajin je.. ...

betoi2.. sama jaa dengan konsep "Free Education" ... dah zaman berzaman ada yakni score jaa dalam exam.. confirm PTPTN jadi Free 100% .. malangnyaa benda ni pun jadi isu politaik.. sekarang ramai anak2 muda dah xnk byr PTPTN & tak mustahil makin ramai yang jadi pemalas terutama dari kaum melayu ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaiklah Malaysia Baru. Slogan Malaysian Malaysia patut masukkan dlm manifesto PH. Rakyat dah blh terima.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 12:28 AM | Show all posts
dah sampai masanya budak2 cina score cukup2 makan diberi keistimewaan masuk u plakkk

melayu lepas spm boleh pi tahfiz sambung hafalan







Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2018 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
matbusa replied at 29-5-2018 12:28 AM
dah sampai masanya budak2 cina score cukup2 makan diberi keistimewaan masuk u plakkk

melayu lepas ...

Hihihi  huhu  
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 12:57 AM | Show all posts
Kami sebagai rakyat msia separuh dna English dan Malay juga nak tuntut dual warganegara/passport secara halal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2018 07:52 AM | Show all posts
Edited by pokaibanktokyo at 29-5-2018 07:53 AM
matbusa replied at 29-5-2018 12:28 AM
dah sampai masanya budak2 cina score cukup2 makan diberi keistimewaan masuk u plakkk

melayu lepas ...

Dah lama itu macam la. Bodoh dua dua ekor
@harizs
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
aku rasa dlm hal ini tun tak payah tabur lagi janji2 .
cukup lunaskan janji terdahulu iaitu menghantar balik segala 5 juta PATI yg ada . ia dapat mengujudkan lebih banyak pekerjaan dan paling penting dapat mengelak wang kita terus keluar .
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 08:19 AM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 28-5-2018 09:37 PM
Cacai mana entah aritu kata kaum bukan bumi takkan minat masuk uitm

demi perpaduan kaum elok la buka uitm utk selain melayu.. dah 2018 dah pun. rakyat makin terbuka dan matang
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 08:43 AM | Show all posts
hindraf ni da mcm parti kat sarawak tu la plak..nk macam2..kat bawah ni artikel kisah hinraf sblm pilihanraya

Saya silap sokong BN, kata pengerusi Hindraf
Robin Augustin and Sean Augustin | September 13, 2017
Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy berkata, kegagalan mencari persamaan dengan pembangkang memaksa pemimpin kumpulan hak asasi India itu bekerjasama dengan 'syaitan'.
waytha-bn

KUALA LUMPUR: Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy mendedahkan kegagalan mencari persamaan dengan pembangkang menyebabkan beliau menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

Beliau mengakui ia adalah pilihan salah, selepas kumpulan hak asasi India itu berada dalam situasi yang menyebabkan pemimpinnya terpaksa bekerjasama dengan “syaitan”.

Waytha berkata, NGO itu tidak dapat mencapai persetujuan dengan Pakatan Rakyat (PR) ketika itu mengenai cara membantu masyarakat India, walaupun selepas lebih 20 mesyuarat.

“Jadi, walaupun kita tahu BN mungkin tidak mengotakan janjinya, kita tiada pilihan kerana Hindraf perlu menjaga golongan miskin dan kecil dalam masyarakat.

“Ia amat malang sekali,” katanya dalam forum bertajuk “Pakatan Menuju Putrajaya” yang dihadiri lebih 100 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, malam tadi.

Turut hadir ialah ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Waytha merujuk memorandum persefahaman yang ditandatangani dengan parti pemerintah pada 2013 untuk membantu masyarakat India.

Katanya, jika Hindraf berkempen untuk PR, mereka sekarang sudah “berada di Putrajaya”, pusat pentadbiran Malaysia.

“Kita semua membuat kesilapan. Saya buat kesilapan, walaupun saya tidak tahu, saya telah meletakkan hak-hak komuniti India di atas sekeping kertas yang tidak dilaksanakan.”

Waytha berkata, Hindraf akan membuat permohonan rasmi menyertai Pakatan Harapan (PH) “dalam beberapa minggu akan datang,” selepas Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau belum menerima permohonan rasmi daripada NGO itu, selepas pertemuan dengan Hindraf berhubung hasratnya menjadi parti komponen ke-5 atau sekutu gabungan pembangkang itu, bulan lalu.

Sementara itu, Zaid berkata, Hindraf mahu menjadi sebahagian daripada PR pada 2013 dan menggesa PH perlu lebih inklusif.

Bekas menteri itu berkata, PH tidak patut mengulangi kesilapan PR.

“Pemimpin perlu mempertaruhkan (nasib mereka). Kita tidak boleh memadamkan masa silam, tetapi saya fikir kita boleh mula sekali lagi. Saya rasa Hindraf boleh memberi sumbangan besar.”

Hindraf atau nama penuhnya Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu, merupakan pergerakan kaum India yang terkenal dengan protes besar-besaran beberapa bulan sebelum PRU 2008.

Protes itu menjadi pencetus kepada peralihan sokongan politik pengundi berbangsa India kepada pembangkang, yang menyaksikan BN tewas di kerusi dengan penduduk kaum India yang ramai.

Bagaimanapun, Hindraf di bawah Waythamoorthy beralih sokongan kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak selepas persefahaman dengan BN pada kempen PRU 2013.

Beliau dilantik senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, tetapi meletak jawatan kurang setahun selepas itu kerana mendakwa BN gagal menunaikan janji membantu masyarakat India
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 08:45 AM | Show all posts
Pakatan terima Hindraf dan Mira rakan strategik untuk PRU14
Radzi Razak
Radzi Razak
Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 6 Mar 2018 4:13PM · 1 komen
25
shares
Lagi
Pakatan terima Hindraf dan Mira rakan strategik untuk PRU14
Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) dan Parti Tindakan Hak Minoriti (Mira) diumumkan sebagai rakan sekutu Pakatan Harapan untuk mengukuhkan gabungan pembangkang itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, kata Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Mac, 2018.
PAKATAN Harapan (PH) hari ini menerima dua pertubuhan kaum India, Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) dan Parti Tindakan Hak Minoriti (Mira) sebagai rakan sekutunya untuk mengukuhkan gabungan pembangkang itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, kata Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir juga tidak menolak kemungkinan PH bakal meletakkan calon kaum India daripada dua badan itu pada PRU14 nanti.

"arti-parti ini berminat untuk kerjasama dan sokong PH. Jadi kita perlu mencari tempat untuk mereka dan beri pertimbangan tentang kedudukan mereka yang tidak diputuskan lagi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.

Hindraf merupakan pertubuhan masyarakat yang memperjuangkan hak asasi etnik India yang muncul dalam arena politik Malaysia pada 2007, beberapa bulan sebelum PRU 2008.

Mira pula merupakan penjenamaan semula Parti Generasi Baru yang diketuai oleh aktivis pro PH, A.P Rajaretinam.

Hindraf dan Mira sejak tahun lalu dilihat sering terlibat dalam beberapa program PH bersama masyarakat India di beberapa negeri antaranya di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan.

Berdasarkan data PRU13, negeri-negeri itu mempunyai hampir 60 kerus Parlimen dengan lebih 10% pengundinya adalah kaum India. Antara kerusi Parlimen itu termasuklah Merbok (18%) dan Padang Serai (23%) di Kedah, Bagan (15%) dan Batu Kawan (23%) di Pulau Pinang serta Bagan Datoh (23%) di Perak dan Telok Kemang di Negeri Sembilan dengan 24% pengundi India.

Menurut Dr Mahathir, sokongan Hindraf dan Mira sebagai rakan strategik kaum India diyakini mampu memberi manfaat besar kepada Pakatan.

"arti kita ini (Pakatan) ternampak dari segi persepsi orang ialah hanya (ada kaum) Melayu dan Cina sahaja.

"Tetapi kita ada ramai kaum India jadi wakil rakyat. Lagi ramai daripada MIC dalam BN sendiri walaupun parti India tak ada. Jadi kita berikan layanan istimewa kepada mereka (rakan strategik)," kata beliau.

Sesetengah penganalisis politik menyifatkan rapat umum anjuran Hindraf pada 25 November 2007 sedikit sebanyak memberikan kesan kepada peralihan undi pada PRU 2008 yang menyaksikan buat pertama kalinya Barisan Nasional gagal mendapat majoriti dua pertiga sejak 1969.

Hindraf pernah diharamkan oleh Putrajaya pada Oktober 2008 sebelum pengharaman itu ditarik balik pada Januari 2013 dan pendaftarannya sebagai sebuah pertubuhan diluluskan hampir dua bulan kemudian. – 6 Mac, 2018.

Terbukti ramai india berhijrah ke phpadan muka bn tumbang
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
aku walaupun merasakan ini bukan masa memperjuangkan nasib mana2 kaum ..  tetapi isu sekatan utk akses kaum lain bagi mendapatkan pendidikan tinggi progrem kerajaan adalah memalukan . pembangunan harus berlaku secara seimbang dan tidak boleh meninggalkan mana2 kaum .  
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kontrak sosial tu perlembagaan..sebelum pru punya canang xsentuh bagai
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 29-5-2018 08:19 AM
demi perpaduan kaum elok la buka uitm utk selain melayu.. dah 2018 dah pun. rakyat makin terbuka d ...

Abam tak kesian ke pada cucu semua nanti..
Btw,  siap sedia la duit semua..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2018 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
wana89 replied at 29-5-2018 08:51 AM
Kontrak sosial tu perlembagaan..sebelum pru punya canang xsentuh bagai

Kan... Menyampah pulak iolss dgn puak2 gigih nak sentuh psl ni. Sah2 la UiTM, matriks utk golongan bumiputera..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2018 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
masalahnya kita dah sedap sedap nikmati keistimewaan ni...takkan anak cucu gigit jari. masa kita dah habis..tp utk tinggalan kita spt nenek moyang tinggalkan utk kita
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 09:07 AM | Show all posts
bukan ke Uitm low class? xde standard punya U
banyak lagi U yang ada kat Mesia ni...U low class ni juga korang nak hadap?????  
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
finesse replied at 29-5-2018 09:05 AM
Kan... Menyampah pulak iolss dgn puak2 gigih nak sentuh psl ni. Sah2 la UiTM, matriks utk golongan ...

Cross the line ler..
Nak basmi rasuah cakap basmi rasuah.. Jangan sentuh perlembagaan. Tu kontrak sosial..
Nanti ummah umno sorak kata PADAN MUKA..
Cc: abam @tobby
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.087882 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list