View: 636|Reply: 0
|
Bimbang Ada Peniaga Sabotaj Harga Barang - Menteri Pertanian
[Copy link]
|
|
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub menyuarakan kebimbangannya berhubung isu harga barang keperluan yang mungkin ada unsur sabotaj daripada pihak peniaga pada Ramadan dan menjelang Aidilfitri ini.
Menurutnya, satu kajian perlu dibuat bagi menyemak semula isu harga barang keperluan yang meningkat pada musim perayaan.
Foto: Kosmo!/BH Online
"Saya rasa satu kajian perlu dibuat kerana bimbang ada berlaku unsur sabotaj memandangkan saya difahamkan contohnya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi cadangan harga daging tempatan antara RM30 hingga RM33 sekilogram, tetapi ada peniaga yang menjual antara RM36 hingga RM40 sekilogram.
"Mereka ini ada yang mengambil kesempatan. Ini yang kita perlu lihat kerana bimbang ada kumpulan yang buat sabotaj terhadap isu barang ini termasuk harga ikan," katanya.
Memetik BH Online, Salahuddin berkata demikian ketika mengulas isu 99 barang keperluan yang dilaporkan mengalami peningkatan harga.
Tambahnya, isu berkenaan akan dibincangkan di Kabinet, pada Rabu ini.
"erdana Menteri belum melantik menteri kepenggunaan lagi, tetapi Rabu ini sudah pasti isu ini akan dibincangkan di peringkat Kabinet.
"Sekiranya sudah ada menteri, maka tanggung jawab itu akan dipikul menteri terbabit, tetapi sekiranya PM ingin menugaskan salah seorang Menteri Kabinet lain dahulu untuk mengambil tanggung jawab ini, kita tunggu arahan daripada Kabinet," katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|