View: 1693|Reply: 0
|
Berpuasa Penuh, Tapi Badan Makin Naik. Ini 5 Sebabnya
[Copy link]
|
|
Amalan berpuasa dibulan Ramadan mewajibkan kita untuk tidak makan dan minum bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari. Bila menahan makan ini tentu ianya sesuatu amalan yang baik untuk mereka yang henda berdiet menguruskan badan.
Foto: Google
Namun, ada sesetengah orang yang mengalami keadaan sebaliknya. Ketika di bulan Ramadan, berat seseorang itu semakin bertambah dan menjadi semaksin gemuk. Kenapa ini boleh terjadi?
Jom ikuti tip dan panduan tentang punca badan menjadi gemuk di bulan puasa yang dikongsi oleh Coach Yatie Nadzil di laman facebooknya.
5 Punca Anda Jadi Gemuk Di Bulan Puasa
Foto: Google
1. TAK BERSAHUR
Tidak bersahur langsung. Ada yang ber'sahur' seawal pukul 12 - 1 pagi. Sahur ibarat sarapan di hari biasa. Bersahur penting untuk tenaga kita di siang hari. Jadi bersahur lah dengan makanan yang sihat dan bernutrisi.
2. TIDUR LEPAS BERSAHUR
Lepas ber'sahur' pukul 12 - 1 pagi terus tidur. Ini salah satu punca kenapa badan jadi gemuk. Makanan perlukan sekurang-kurangnya 3 jam utk dihadam sebelum kita tidur.
3. MAKAN TERLALU BANYAK KETIKA BERBUKA
Balas dendam dalam erti kata lain. Yang ini ramai orang buat. Berbuka dengan juadah berminyak, tinggi gula, air beraneka jenis. Makan semahunya sehingga hampir habis waktu maghrib.
Foto: Google
4. MAKAN BANYAK LEPAS MOREH
Lepas habis solat terawih mesti ada yang pergi lepak di kedai mamak. Kita cenderung utk makan banyak di waktu ini dengan anggapan masa solat terawih dah pun 'bakar' kalori.
5. BANYAK TIDUR/TIDAK BERSENAM
Ramai yang jadikan alasan berpuasa untuk tidur sepanjang hari & tidak bersenam. Kita boleh buat senaman beban di sebelah malam atau banyakkan berjalan kaki ketika on the way ke tempat kerja. Kalori terbakar tanpa kita sedari! - CARI
|
|
|
|
|
|
|
| |
|