View: 4226|Reply: 7
|
"Seluar Pengawas Mana?" - Pintar! Anak Sharifah Aleya Cek Kualiti Sola
[Copy link]
|
|
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah hebatnya perumpamaan orang dulu-dulu yang disifatkan halus lagi tersirat. Mendidik anak-anak biarlah dari kecil agar terbiasa hingga usia dewasa.
Pelakon dan deejay, Sharifah Aleya tampak bahagia dengan empat anak yang usianya juga tidak jauh. Segala perkembangan anaknya turut di muatkan dalam Instagram. Terbaru, Aleya memuat naik video pendek keluarganya sembahyang berjemaah. Yang melucukan ialah anak ketiganya, Ali turut kelihatan dalam video tersebut ke sana ke mari, bertindak seolah-olah pengawas memeriksa jemaah. Nampak comel lah pula.
Insiden tersebut nyata mencuit hati para pengikutnya yang menyifatkan Ali sangat comel.
Aleya dalam post berlainan pula menyatakan Ali adalah anak yang bermacam-macam kerenahnya. Sekejap gaduh, sekejap cari 'mommy' lepas tu tak nak kawan dengan 'mommy' kemudian pula kata "I like you Mommy". Namun akhir sekali perlu tidur dengan bau 'mommy' baru boleh lelap.
Ia disambung dengan komen netizen yang menyatakan setiap anak mempunyai perangai masing-masing. Biarpun penat namun itulah kebahagiaan sebenar pabila bergelar ibu.
Namun itulah peranan seorang ibu. Menjadi tempat bermanja dan mengadu setiap anak-anak. Sudahkah anda menghubungi ibu anda hari ini, bertanyakan khabarnya? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus nyaa berjemaah |
|
|
|
|
|
|
|
Apa tujuan record video tgh bersolat? I mean.. Is it necessary? |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa yg record? Rajin lak pasang kamera depan org solat |
|
|
|
|
|
|
|
chop! maaf klau salah.. tapi macam pernah terbaca dulu Aleeya ni pernah cerai ke dah cerai ke dgn husband. Ni husband baru ke husband lama? Aku last tau anak dia yg kembar tu je.. yg bawah2 ni xtau lak |
|
|
|
|
|
|
|
klakar la Ali ni.. dlm family yg ramai pompuan.. dia umpama hero la..
rasenye cucu cikgu fetty sume dari Aleya kan...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|