"Ingatkan kereta Grab yang saya tempah. Ini adalah pengajaran daripada Allah,
tapi cuba teka siapa pemandunya? Ia Sufian Suhaimi!"
Wah, teruja betul lelaki ini apabila tersalah masuk kereta milik penyanyi Sufian Suhaimi yang disangkakan kereta Grab yang ditempahnya.
Semalam, seorang pengguna Twitter mengakui kesilapannya tersilap masuk kereta, namun perasaan malu itu bertukar menjadi teruja apabila menyedari pemandunya ialah penyanyi lagu Di Mata Mu itu.
Dengan konfiden, lelaki berkenaan selamba membawa masuk bagasinya ke dalam kereta Sufian. Eh, malunya kalau perkara sama berlaku pada kita, kan?
Namun, dia tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan penyanyi berkenaan sebaik menyedari kesalahannya itu.
Sementara itu, Sufian juga tidak ketinggalan berkongsi pengalaman keretanya dimasuki lelaki tidak dikenali menerusi laman Twitternya.
Menurut Artis Terbaik ERA (Malaysia) MAY 2018 itu, ketika kejadian dia sedang bermain dengan telefonnya di dalam kereta sebelum seorang lelaki tiba-tiba membuka pintu dan menduduki tempat duduk belakang dengan begitu yakin.
"Selamba sahaja lelaki ini buka pintu belakang sebab menyangkakan saya pemandu Grab yang ditempahnya," tulis Sufian.
Rata-rata netizen terhibur dengan kejadian melucukan itu selain memuji 'keyakinan' dimiliki lelaki terbabit.
Peringatan buat semua, semak dahulu nombor pendaftaran kenderaan dan pastikan ia sama dengan Grab Car yang ditempah.
Bagi pemandu pula, pastikan pintu kereta dikunci sentiasa, okey? - CARI |