CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1437|Reply: 5

[Tempatan] Anggota Kabinet boleh gugur jika prestasi tidak memuaskan.

[Copy link]
Post time 22-5-2018 06:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-5-2018 02:32 PM

Anggota Kabinet boleh gugur jika prestasi tak memuaskan
21 MEI 2018

[url=][/url]


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga suami kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Oleh Menteri-Menteri Persekutuan di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama



KUALA LUMPUR - Anggota Kabinet yang tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan boleh digugurkan dan digantikan dengan ahli Parlimen lain yang lebih layak, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini.
Katanya, urusan melantik menteri-menteri Kabinet bukanlah satu tugas mudah dan pastinya tidak akan ada Kabinet yang sempurna serta tidak sunyi daripada kritikan orang ramai.


“Memang tidak ada perfect Cabinet. Sentiasa ada saja cacat celanya. Kita pilih macam mana pun ada orang tak puas hati. Yang saya pilih ni pun saya tahu ramai yang tak puas hati. Tapi nak satisfy everybody (puaskan hati setiap orang) pun tak mungkin.


“Jadi kita akan cuba. Kalau (prestasi) tidak satisfactory (memuaskan), kita kena gugur dan kita pilih lain. Tetapi kita kena bagi peluang supaya ramai orang baharu masuk (menyandang jawatan dalam Kabinet) dan wanita pula, tuntutan mereka kita kena ambil kira. Jadi, tak mudah mengisi jawatan Kabinet,” katanya.


Beliau bercakap selepas upacara mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia 13 menteri Kabinet di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara.
Dr Mahathir berkata, beliau kini boleh mengadakan mesyuarat Kabinet walaupun masih ada lagi jawatan menteri yang belum diisi.
Menurutnya, jumlah akhir menteri Kabinet mungkin akan mencecah 28 orang setelah ditambah wakil daripada Sabah dan Sarawak.


Diminta mengulas mengenai kritikan sesetengah pihak terhadap pemilihan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, Dr Mahathir berkata: “Dia seorang professor, seorang intelektual, dan seorang lulusan bidang agama tetapi bahasa Inggerisnya baik.
“Kita kalau pilih yang lama saja ataupun yang ada ‘connection’ saja pun tak boleh juga. Kita kena bagi kat orang lain... kita cuba.
“Tapi ramai daripada menteri yang kita pilih tidak ada pengalaman. Jadi kita kena ada bantuan daripada pakar,” tambahnya. - Bernama





http://www.sinarharian.com.my/nasional/anggota-kabinet-boleh-gugur-jika-prestasi-tak-memuaskan-1.837199





























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2018 07:59 AM | Show all posts
Yes, gugurkan jangan kira parti. Stop budaya pencacai dalam semua pentadbiran.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 10:30 AM | Show all posts
yg x bagus gugurkan!
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Calon2nya adalah...  Harap mat sabu perform.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus betul tun M. I love you Tun
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 03:55 PM | Show all posts
silap2 mahathir yg gugur...  dek anwar yg x sabau nak jadi PM
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.041704 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list