Berbuka puasa di luar bersama sahabat handai atau ahli keluarga merupakan acara wajib setiap kali tibanya bulan Ramadan.
Kadangkala nak pilih tempat berbuka memang susah kerana perlu perancangan teliti dan persetujuan kesemua ahli. Jangan buntu!
Nak yang bajet tapi mewah dengan rasa? Tak perlu membazir duit untuk buffet. Datang ke Restoran Jasima, bukan kedai mamak biasa-biasa ya.
Nikmati hidangan set buka puasa bermula dari harga RM8.50. Setiap set datang dengan buah, kurma dan air percuma.
Foto:Facebook Restoran Jasima
Restoran Jasima terletak di Taman Tun Dr Ismail dan ia telah beroperasi sejak tahun 1995! Tengok sahaja menu-menu yang ada:
Bertempat di Jalan Burhanuddin Helmi, persekitarannya bersih dan makanan yang ditawarkan juga jauh lebih murah.
Foto:Facebook Restoran Jasima
Pelbagai menu ditawarkan di restoran ini dan anda boleh buat tempahan awal dengan menghubungi 03-77291259.
Anda juga boleh singgah di bazar kuih yang dibuka setiap petang di depan restoran untuk membeli kuih resipi asli dari India.
Foto:Facebook Restoran Jasima
Jangan terbatal puasa pula ya lepas lihat gambar-gambar makanan dari Restoran Jasima!
Apa tunggu lagi, meriah betul buka puasa di sini!
Alamat: 102, Jalan Burhanuddin Helmi, Kuala Lumpur
Selamat mencuba dan selamat berpuasa kepasa semua umat Islam! -CARI |