View: 2046|Reply: 17
|
Sudahlah Dilarang Berkahwin, Mata Pula Dikorek Keluar Guna Sudu
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki hilang penglihatan selepas matanya dikorek keluar menggunakan sudu oleh bapa dan empat adik beradiknya yang lain.
Abdul Baqi, 22 yang duduk di perkampungan Nasirabad di wilayah Balochistan diperlakukan sedemikian gara-gara mahu bernikah dengan gadis pilihannya.
The Sun melaporkan, Baqi sebelum itu telah meminta keluarganya menghantar rombongan meminang teman wanitanya.
Namun permintaan itu telah menyebabkan bapanya, Dost Muhammmad, 70, dan empat adik beradik lelakinya iaitu Abdul Ghani, Abdul Sattar, Abdul Rehman dan Abdul Karim naik berang.
 Foto: The Sun
Kesemua mereka didakwa mengurung mangsa di dalam sebuah bilik dan tanpa belas kasihan mengorek keluar biji matanya.
Ibu mangsa turut dikurung supaya tidak masuk campur dengan urusan tersebut.
Baqi berkata, "Saya memberitahu bapa dan adik beradik lelaki yang lain bahawa saya mahu bernikah dengan kekasih saya.
"Bapa saya pada awalnya bersetuju. Namun tiga jam kemudian dia bawa saya masuk ke dalam bilik dan empat adik beradik yang lain mengikat saya di atas katil.
"Mereka kemudian mengorek keluar mata saya. Saya menjerit meminta tolong tetapi tidak diendahkan."
Bqi dikejarkan ke hospital dan disahkan buta seumur hidup.
Polis telah menahan bapa Baqi dan dua adik beradiknya, sementara memburu dua lagi yang masih lagi bebas. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
gilernye..org tu nk kawin nape kau buat mcm tu  |
|
|
|
|
|
|
|
awatlah gila sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
Zalimnya lah buat sebegitu korek mata tampa bius tu |
|
|
|
|
|
|
|
gilaaaaaaaaa la diorg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah..gilerrr apa ni
siannyaa...
apa yg dia org jeles sgt kat dia..smpai tergamak buat mcam tu
si bapak pun sama
makwe dia tu adik bradik dia yg lain pun berkenan ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
gilo ke............... sian dia.................. |
|
|
|
|
|
|
|
Giler apa korek mata..rela ank jd buta dr bg kawen.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurang sgt cerdiknya family ni |
|
|
|
|
|
|
|
Patut hukum mati je diorg semua. Celaka punya manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal kasta tak sama ke apa? Pakistan masih mengamalkan Caste system aeperti India ke apa? Ingat dalam Islam semua unat sama setaraf? Tak faham lah apa yang ada dalam kepala hotak mereka ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Negara jenis paling byk kawen sepupu mmg hasilnya berperangai org bengap mcm Pakistan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|