CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7505|Reply: 41

Dituduh Lalang Dan Macai, Adi Putra Berdoa Di Masjid Nabawi

[Copy link]
Post time 15-5-2018 03:23 PM | Show all posts |Read mode



Sukar untuk menjadi Adi Putra. Aktor yang penuh rencam dan liku dugaannya. Manakan tidak, kontroversi tidak pernah surut dalam kamus hidupnya.

Setelah mendapat kerakyatan Malaysia dan boleh mengundi, Adi berani menyatakan pendiriannya yang menyokong Barisan Nasional (BN), siap dengan tanda pagar #hebatkannegaraku serta sentiasa mengemaskini akaun Instagramnya dengan menonjolkan pemimpin BN.

Pengakuannya ini umpama makan diri kerana ramai yang menyampah dengan kata-kata tersebut, seolah-olah membodek kerajaan sebelum PRU. Apatah lagi ramai yang pelik bagaimana penduduk tetap boleh mengundi?

Pelbagai kecaman dan kata nista diterimanya lalu ditelan tanpa jawapan. Terbaru, Adi memuat naik gambarnya yang berdoa di Masjid Nabawi, Madinah Munawarah dengan mendoakan kebaikkan kepada semua Muslimin. Biarpun digelar lalang atau macai, dia akan terus berjuang demi agama dan bangsa.



Foto : IG Adi Putra


Ramai yang terkesan dengan doa yang dibacakan Adi Putra lalu meminta Adi bersabar dengan kerenah manusia yang tiada adab.






Mungkin Adi terkesan dengan pendapat netizen yang agak sangsi dengan kerakyatannya hingga membolehkan Adi mengundi. Ini kerana sebagai penduduk tetap (dahulunya warga Singapura), Adi sepatutnya memegang ic merah bukannya kad pengenalan biru. Ini membuatkan ramai yang merasakan Adi menggunakan saluran tertentu bagi membolehkannya mengundi.



Namun, Adi tidak membalas sebarang komen netizennya walaupun diasak bertalu-talu dengan komen terbaru yang mengatakan Adi sengaja ke Madinah lalu menunjukkan gambarnya beribadat.



Ada sahaja komen netizen yang tidak berpuas hati kan?



Namun diharapkan sempena Ramadan yang bakal kunjung tiba, makcik atau adik-adik bawang diharapkan dapat menjaga mata, mulut dan jari daripada berkata atau menulis kata-kata yang tidak elok atau menyakiti hati sesama saudara. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2018 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
benci btl statement last tu nak sgt guna ayat pekida tu

aku pn pelik cane dia dpt ic biru

moh leer kita pakat2 report polis kot2 la dia ada masuk skim beli ic ke apa ke biar madey siasat smpai akar umbi
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 03:33 PM | Show all posts

erkk perlu ke nak tunjuk tengah berdoa macam tu sekali?

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 03:35 PM | Show all posts
next...........
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigeh gila....bg kamera dkt bini serkup gemuk dia.."awak boleh tak ambik gamba saya berdoa drpd depan ya, saya nk blakon bedoa kepada Allah..nanti boleh upload dkt insta..dpat like bnyk nanti"...bini serkup gemok "baiklah buat muka ikhlas ya bang" ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 04:03 PM | Show all posts
komen aku:

1. bukan nk pertikai, tp tlg jelaskan mcmne blh mengundi??? ke kau pengundi hantu yg dibayar??? kenapa senyap kalau x bsalah?

2. acah2 supaya org nmpk ko x bsalah, lalu up gmbr mcm ni? motif jd penunggang agama?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2018 04:03 PM | Show all posts
gigih nak tunjuk satu malaya lu berdialog dengan Tuhan.......

sapa yg petik gambar dia masa dia berdoa tuuu ?

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia cuma dpt taraf penduduk tetap aje kan, mana boleh mengundi???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2018 04:19 PM | Show all posts
Tempat Adi solat tu mcm takade orang je... selalunya suasana dlm masjid nabawai tak pernah lengang, pasti ada kelibat orang2 lain sebelah menyebelah. Adi Putra mcm aman2 je solat sendirian di kawasan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 04:24 PM | Show all posts
Motif nak berdoa siap ada statement 'aku yang dipanggil lalang dan macai'. Engko ingat Allah kisah ker pasal parti politik yang ko sokong pun
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 04:37 PM | Show all posts
gigeh suruh org lain amek gambaw
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 04:40 PM | Show all posts
MatDeghem replied at 15-5-2018 04:03 PM
gigih nak tunjuk satu malaya lu berdialog dengan Tuhan.......

sapa yg petik gambar dia masa dia  ...

kannn.....hahahhaaa...please abe...jgn malukan diri
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 04:46 PM | Show all posts
nama pun pelakon~
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama dah x nmpk hannah montana. Mana eh? Mereput dah ke

Kosser la adi. Menunggang je keje nya
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Motip nak bagitahu berdoa.....doa antara kita dan tuhan sudah ler.....penunggang keledai ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 05:16 PM | Show all posts
mak hayam adi ni warganegara ke nyah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2018 05:16 PM | Show all posts
kuzaime replied at 15-5-2018 04:14 PM
Dia cuma dpt taraf penduduk tetap aje kan, mana boleh mengundi???

itu lah mak tanya ni...ke dia dah jadi warganegara nyah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 05:26 PM | Show all posts
siapa yang ambik gambo?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 05:30 PM | Show all posts
Edited by fox. at 15-5-2018 05:55 PM

satu akak nak cakap, raudhah karpet berwarna HIJAU ya! karpet warna MERAH BUKAN kawasan raudhah. Apa betol ko berdoa di raudhah?

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tun M sila siasat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.190267 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list