View: 2119|Reply: 4
|
4 Sebab Kenapa Bangun Awal Pagi Boleh Membuka Pintu Rezeki
[Copy link]
|
|
Kehidupan kita di dunia ini telah diatur oleh Allah SWT dan seiap apa yang berlaku itu adalah dari kehendaknya. Begitu juga dengan aturan rezeki.
Allah sudah menetapkan rezeki untuk setiap hambanya. Cuma sebagai manusia, kita harus berusaha sedayanya untuk mencari rezeki yang halal dan barakah demi meneruskan kelangsungan hidup.
Salah satu amalan yang baik untuk membuka pintu rezeki ialah bangun awal pagi. Jom ikuti antara sebab dan hikmah yang terkandung disebaik amalan bangun awal pagi.
1. Antara terbit fajar dengan terbit matahari adalah waktu Allah memberi rezeki kepada hambanya.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ahamd dan al-Baihaqi, diceritakan bahawa ketika Rasulullah pulang dari solat Subuh di Masjid Nabawi, beliau mendapati puterinya, Fatimah masih lagi tidur.
Dengan penuh kasih sayang lantas beliau menggerakkan badan puterinya lalu berkata, "Wahai anakku, bangunlah, saksikanlah rezeki Tuhanmu dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai kerana Allah maha memberi rezeki kepada hambanya antara terbit fajar dengan terbit matahari."
2. Doa keberkahan dari Rasulullah untuk umatnya yang bangun Subuh
"Ya Allah berkahilah umatku selama mereka senang bangun subuh." (HR Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Siapa yang tidak meyakini doa Rasulullah? Doa ini menunjukkan bahawa keberkahan akan didapatkan oleh orang-orang yang senang bangun Subuh. Cubalah untuk amalkan ya!
3. Bangun pagi membuat mood lebih baik
Satu kajian dari Universiti Roehampton menunjukkan bahawa jika kita bangun awal pagi, ia akan membuat tubuh lebih sihat, mood jadi baik, dan berat badan juga menjadi stabil. Kajian ini dicatatkan di dalam satu artikel Emotion tahun 2012. Teryata sistem saraf dipengaruhi dengan amalan bangun awal pagi. Insyallah bila memulakan hari dengan semangat dan sihat, proses mencari rezeki juga akan dipermudahkan untuk hari itu.
4. Bangun pagi mengurangkan tekanan
Satu lagi kajian di German pada tahun 2013 menunjukkan satu hubungkait antara masalah tekanan yang tinggi dengan kecenderungan tidur lewat malam. Mereka yang tidur cukup biasanya akan bangun awal pagi dan memilik tahap tekanan yang agak rendah. Bila tekanan dalam diri renda, ia pasti mempengaruhi produktiviti kita pada hari itu untuk terus berusaha mencari rezeki.
Jadi, mari bersama amalkan amalan bangun awal pagi untuk bersolat subuh dan juga ibadah lain agar kita kekal positif dan bersemangat untuk keluar rumah necari rezeki yang telah Allah tentukan. Insyallah. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu. lepas subuh tu kalau boleh jgn tdo balik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|