Ramai netizen yang selesai membuang undi menaikkan status gembira dan lega kerana telah menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Masing-masing menunjukkan gambar jari telunjuk mereka yang hitam akibat dicelup dakwat kekal.
Tidak terkecuali, para artis turut menarik perhatian netizen dengan status mereka pada hari pilihanraya umum ke-14 ini. Ramai dalam kalangan artis yang menaikkan gambar semasa berada di pusat pengundian termasuklah Vivy Yusof.
Bagaimanapun, gambar yang dimuat naik oleh Vivy Yusof di akaun Instagramnya menjadi tanda tanya netizen kerana jarinya seperti tidak dicelup dakwat kekal sebaik melangkah keluar dari bilik membuang undi.
Netizen gembira melihat gambar Vivy yang begitu ceria selepas selesai mencabut undi. Rata-rata memuji kecantikan Vivy yang kelihatan kecil molek.
Bagaimanapun, ramai netizen yang berasa pelik melihat gambar Vivy dan berpendapat gambar yang dimuat naik itu bukan gambar asli tetapi seperti telah di 'photoshop'.
Netizen juga bertanyakan sama ada gambar itu asli atau telah diubahsuai lebih-lebih lagi jari Vivy kelihatan bersih daripada dakwat kekal. Tetapi Vivy tidak memberi sebarang respon.
Apa pula pendapat anda?
Apa-apa pun, tahniah buat semua netizen yang telah menunaikan tanggung jawab sebagai rakyat Malaysia.- CARI |