Kehangatan sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hampir sampai kemuncaknya dan tampuk pemerintahan bagi penggal yang baru juga akan diketahui pada malam ini.
Dalam pada keghairahan rakyat Malaysia keluar mengundi banyak juga cerita yang kurang enak timbul sepanjang proses pengundian yang masih lagi berlangsung sehingga pukul 5 petang ini.
Antaranya ialah calon bebas, Azwan Ali atau lebih mesra dengan gelaran Diva AA yang dikhabarkan marah kerana kotak tempat membuang undi telah disalah tanda.
Diva AA yang turut bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa itu lantang menyuarakan betapa dia kecewa dengan kesilapan yang dilakukan oleh pihak SPR tersebut.
"Saya perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan kedua-dua kotak yang disediakan"
Memetik video daripada laman facebook Cara Kita tersebut, Diva AA turut mengambil kesempatan untuk menegur SPR dan meminta mereka untuk lebih serius dengan tanggungjawab masing-masing kerana undi yang diberikan adalah 'nyawa' rakyat.
Video tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata bersetuju dan memuji tindakan berani Diva AA dalam mempertahankan hak rakyat yang mengundi.
Foto: Fb Cara Kita
Kita perlukan seseorang yang lantang seperti Diva AA
Foto: Fb Cara Kita
Sesuai jadi Perdana Menteri boleh lawan Ahmad Maslan di parlimen
Foto : Ig Hangat Malaysia
Foto: Fb Cara Kita
Apa pun sama-samalah kita nantikan keputusan pilihan raya pada malam ini dan berharap tampuk pimpinan yang terbaru dapat membela nasib rakyat ke arah yang lebih baik lagi.-CARI |