CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7790|Reply: 113

[Jenayah] cara PH tipoo jumlah viewer online live ceramah dorang

[Copy link]
Post time 7-5-2018 05:22 PM | Show all posts |Read mode


pakar it dah terangkan, korang kalau tak hadam lagi, memang korang jenis suka kena kencenggg

tak kena hidup tak complete keee??






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2018 05:24 PM | Show all posts


Parti politik dikesan beli 'penonton' manipulasi FB Live

KUALA LUMPUR: Parti politik tertentu dikesan membeli 'penonton' untuk memanipulasi Facebook (FB) Live ketika penganjuran ceramah mereka, bertujuan meningkatkan jumlah tontonan untuk membina persepsi, kononnya lebih popular dan berjaya menguasai media sosial.

Felo Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata tindakan terbabit juga dibuat bagi mewujudkan 'winning psyche' atau rasa menang.



Beliau menyatakan, teknik itu dikesannya menerusi satu ceramah politik anjuran sebuah parti yang berlangsung di Jerlun, Kedah, apabila pautan FB Live acara itu dikongsi menerusi tiga akaun FB berbeza.

"Ketiga-tiga akaun FB yang dibuka secara berasingan ini, berkongsi satu persamaan iaitu jumlah penontonnya. Jika kita teliti ceramah di Jerlun yang disiarkan menerusi tiga akuan FB berbeza, mempunyai penonton seramai 14,000.

"Maksudnya, ada 14,000 menonton juga ketiga-tiga FB ini secara serentak. Secara logiknya, apabila kita menonton FB Live, adakah kita akan membuka tiga saluran sekali gus.

"Gambarannya, seolah-olah anda sedang menonton tiga saluran televisyen serentak," katanya.

Malam tadi, pembangkang menganjurkan ceramah politik di Dataran Haji Salleh Lebai Junus, Jerlun, Kedah, dengan dihadiri beberapa pemimpin utamanya termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Noor Nirwandy berkata, pihak terbabit, mungkin tidak menyedari kekhilafan yang sedang dilakukan terutama apabila jumlah kenaikan dan penurunan penonton bukan saja pada jumlah sama, tapi juga pada masa sama.

Beliau berkata, ini bermakna jumlah penonton sedang dimanipulasi secara elektronik kerana mustahil ketiga-tiga laman itu mempunyai jumlah penonton yang sama setiap masa.

Noor Nirwandy menjelaskan, teknik itu digunakan bagi menaikkan semangat penyokong sendiri, disamping bertujuan mempengaruhi dan membentuk persepsi pengundi atas pagar terutama generasi muda, kelompok yang begitu mesra dengan media sosial.

"Teknik ini perlu dikesan kerana ia boleh memberikan faktor penjelmaan palsu kepada kadar sokongan parti tertentu.

"Like dan share' yang mungkin dijana hasil strategi manipulasi dan pembelian digital akan membuatkan emosi masyarakat teruja dan menyertai perbuatan 'like dan share'," katanya.

Hasil kaji selidik dijalankan, beliau berkongsi pautan mengenai tawaran dibuat menerusi 'pasar gelap' internet yang menawarkan perkhidmatan menjual tontonan atau penonton FB Live.

Beliau berkata, berdasarkan pakej ditawarkan, ia dijual sekitar AS$14 (RM55.17) sehingga AS$149.98 (RM591) bagi 100 hingga 1,000 penonton.

"Anda hanya perlu masukkan pautan live anda dan bayar, maka secara automatik anda membeli penonton untuk 'page' (akaun FB) anda.

"Ini bentuk perkhidmatan yang kami temui di internet melalui enjin carian. Kami tidak pasti sama ada wujud atau tidak 'service provider' yang lain di luar sana," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
shameless!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 05:29 PM | Show all posts
sama je lah dgn iklan sponsored BN yg merata2 kt FB nun.

So? Why bother?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2018 05:31 PM | Show all posts
farahzatul05 replied at 7-5-2018 05:29 PM
sama je lah dgn iklan sponsored BN yg merata2 kt FB nun.

So? Why bother?

sponsor dgn tipoo jumlah viewer pun kau tak tahu beza

BODO






Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 05:34 PM | Show all posts
timbang replied at 7-5-2018 05:31 PM
sponsor dgn tipoo jumlah viewer pun kau tak tahu beza

BODO

Pic actual pon kata tipu.

Viewer pun kata tipu.

So? Why bother?

Takut kaa?

Bukan tipu kertas undi pong.

BODO

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2018 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
PH takde duit banyak utk beli penonton. Mintak derma ade lah. Semasa tengok FB Live, nama kawan2 yg menonton bersama akan muncul dan dihighlight hijau. Sampai FB Live kerap kali lag dan putus. Takkan PH beli semua. Kejadian yg berlaku adalah benar, tiada penipuan.

Youtube Live smooth sikit.

So, Jib akan bagi ucapan live kat TV3 esok malam? To coincide dgn ceramah Tun di Langkawi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2018 05:36 PM | Show all posts
farahzatul05 replied at 7-5-2018 05:34 PM
Pic actual pon kata tipu.

Viewer pun kata tipu.

memang PH kuat menipooooo
pastu sendiri heran apsal ramai penonton, ramai dtg dengar ceramah, tapi tetap kalah pru

penipoo tertipooo dgn tipoooan sendiri


BODO







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2018 05:37 PM | Show all posts
taikor replied at 7-5-2018 05:35 PM
PH takde duit banyak utk beli penonton. Mintak derma ade lah. Semasa tengok FB Live, nama kawan2 yg  ...

ok, tapi aku pilih percaya cakap pakar it dari cakap kau

hahahah AHHAHA haha


Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
datang sendiri tgk camne ramai nya

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat jibby x upah org tipu mcm tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2018 05:46 PM | Show all posts
ladyxez replied at 7-5-2018 05:40 PM
datang sendiri tgk camne ramai nya

anak jiran aku dgn geng2 dia tiap hari ikut roadshow ceramah PH
semua negeri dorang folo naik bas

dibayar jadi tukang sorak tukang kibar bendera

90 orang stesyen kiri, 900 orang steyen belah kanan, 90 stesyen belah kiri belakang, 90 orang stesyen belah kanan belakang

200 orang stesyen area tengah2

bila penceramah jerit PAKATAN, tukang sorak berbayar ni sambut HARAPAN

ini semua taktik pakatan la, bagi nampak havoc lebih, semua ini ilusi, cam davis blaine buat magic

ada faham???










Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 05:51 PM | Show all posts
BN pernah kantoi isu tweet 1 juta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2018 05:53 PM | Show all posts
gila apa la

sanggup upah bebudak tuk tipooo rakyat malaysia

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 7-5-2018 06:18 PM
taikor replied at 7-5-2018 05:35 PM
PH takde duit banyak utk beli penonton. Mintak derma ade lah. Semasa tengok FB Live, nama kawan2 yg  ...


bodo la kalu ingat ph tu tak de duit. towkeh 2 billioner mcm robert kok semua tu tak kan tak lontar duit.apa lah sgt ratus juta bagi towkeh2 ni.dap memang biasa dapat pun.parti tun je gigeh kutip derma sbb kutipan derma kroni tun baru nak mula.bekas bekas kroni tun pun sikit punya kaya raya ke.cai cai apa tau
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk duit PH.  Siap boleh bayar viewer. Patut la PH ajak daim & madey bilionaire join dorg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2018 06:36 PM | Show all posts
Kena terima hakikat yang ramai yang menyokong PH. Ini fakta. Cuma kelebihan masih pada BN. Tak kan tak boleh terima orang sokong PH?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
timbang replied at 7-5-2018 05:46 PM
anak jiran aku dgn geng2 dia tiap hari ikut roadshow ceramah PH
semua negeri dorang folo naik bas ...

anak jiran koi konvoi naik moto dgn budak2 rempit join bn... pamg pung tgh jalan xpikir keselamatan... upah rm20 je pn
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak dah..semlm progrm Syed Sadiq...ada 22K viewers tapi yg komen...less than 20 org...rupa2nya ini kerja mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
It's called boosting viewers or likes tapi bayar jer la...and trust me it's not cheap. Business take advantage of it to improve product visibility...  DAIM & MADEY byk duit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.079204 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list