Kalau dilihat, trend melancong ke luar negara seakan-akan menjadi ikutan atau kemestian masa ini. Antara salah satu tempat yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk pergi bercuti ialah Bali.
Bali amat terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan kewujudan pulau-pulau indah yang ada disekitarnya pasti membuat pengunjung rasa tenang dan damai.
Walau bagaimanapun, tidak kurang dengan negara kita. Sebenarnya ada juga tempat pelancongan menarik yang berlatarkan alam semulajadi yang indah persis seperti di Bali.
Sebagai rakyat Malaysia yang melancong ke Bali untuk menikmati keindahan pulau-pulau dan air biru yang indah pasti anda akan berasa rugi jika tidak ke Bukit Singa, Pulau Kapas, Terengganu. Keindahan di sekitar kawasan ini seakan-akan berada di Pulau Maldives ya!
Jom nikmati gambar-gambar di sekitar Bukit Singa, Pulau Kapas yang dikatakan setanding dengan Bali.
Aktiviti yang mengujakan!
Sejuknya pemandangan!
Sudah jatuh cinta!
Macam mana? Boleh ke 'claim' Bukit Singa, Pulau Kapas ni sebagai Bali Malaysia? Apa kata anda? - CARI
Kredit foto: Raja Cuti
|