CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2089|Reply: 10

'Boleh Pula Harga Minyak Kekal 6 Minggu! Adakah Rakyat Kena Kencing?' - Netizen

[Copy link]
Post time 3-5-2018 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Betullah apa yang diperkatakan orang ramai. Pilihan raya kali ini merupakan 'ibu' segala pilihan raya. Memang panas!

9 Mei semakin menghampiri dan rakyat jelata semakin berdebar-debar tidak senang duduk membuat kira-kira, siapakan bakal 'menaiki takhta' pemimpin negara seterusnya?

Dalam pada pelbagai kontroversi dan spekulasi membabitkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), harga minyak semasa juga tidak terkecuali daripada menjadi topik perdebatan di kalangan netizen.



Foto: FB Harga Minyak Semasa




Mana tidaknya, sudah enam minggu berturut-turut ianya diumumkan kekal menyebabkan rakyat tertanya-tanya 'apa yang sedang berlaku'?

Jika dilihat di mana-mana portal berita, mahupun laman sosial, isu ini memang menjadi antara topik hangat dibincangkan netizen.







Orang ramai mempertikaikan di manakah kebenarannya yang mengatakan kerajaan tiada kuasa menentukan harga minyak.

"Boleh pula harga minyak kekal? Mentang-mentang nak pilihan raya, takut rakyat marah ke?"
komen netizen tidak puas hati.









Tiba-tiba, harga MINYAK DUNIA tak naik dan tak turun






Ramai netizen membuat spekulasi bahawa harga minyak selama ini sememangnya dikawal kerajaan memandangkan ia kekal selama enam minggu berturut-turut menjelang PRU-14.


Macam terhidu bau hancing! Betulkah rakyat Malaysia kena kencing!?






Mana pergi troopers yang selalu bawa formula kiraan minyak?






Sementara itu, segelintir netizen mengandaikan harga minyak kekal berikutan kesibukan menteri-menteri membuat persediaan menghadapi PRU.

"Sekarang, menteri dah tak fikir pasal minyak. Mereka sibuk fikir pasal nak menang saja,"
komen netizen.








Dalam masa sama, segelintir pihak menyimpulkan harga minyak bakal naik mendadak sekiranya kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional.




Foto: FB Siakap Keli




Nak dekat 9 Mei ini, semakin kerap berlaku tuding-menuding sesama sendiri. Apapun, kita tunggu keputusannya nanti! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2018 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la pemberian bn yg patut disyukuri{:love{:love{:love
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2018 03:19 PM | Show all posts
sibuk pru, mana sempat nak pikir harga minyak...eh?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2018 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga minyak secara total di tangan Najib. Yeehaa!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2018 05:20 PM | Show all posts
kantoi. bn memang sebenarnya boleh kontrol harga. tapi saja nak kaut lebih nak baya hutang lapok 1mdb
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2018 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini kali kita ubah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2018 10:44 PM | Show all posts
Kita mudah lupa, pasai harga minyak. PH & PAS pun x dak mention pasai minyak ni. Tiba2 Pukul 12.01 10/5/2018, jadi RM3, i love it...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2018 02:43 PM | Show all posts
sah2 la gomen yg kawal harga minyak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2018 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan takat kena kencing, kena berak sekali pon hada
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2018 06:55 PM | Show all posts
BN - Biasala Naik
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 10:57 AM | Show all posts
so skrg ph dah menang.. harga minyak dah turun ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.057309 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list