CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1814|Reply: 9

Paranoid Kembara Solo? Ikuti Tip Ini Untuk Pulang Dengan Selamat

[Copy link]
Post time 26-4-2018 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Seringkali mengatur masa untuk bercuti, tapi rakan tidak senang, ahli keluarga tidak mempunyai masa dengan alasan cuti sudah habis dan sebagainya.


Jadi, tiada pilihan lain, kita kembara solo lah! Tetapi, kita selalu mendengar kisah tidak enak apabila mengembara secara solo, terutama bagi golongan wanita.


Jadi, bagaimana? Ha, jangan panik. Laman Rileklah telah menggariskan beberapa tip untuk anda, baik lelaki mahpun wanita yang mahu mengembara secara solo supaya selamat pergi dan pulang.



1. Jalan dengan penuh keyakinan.


Foto: traveltriangle




Jangan tunjukkan anda sedang keliru dan ketakutan. Orang berniat jahat seperti penyeluk saku biasanya akan memilih mangsa yang sedang keliru dan ketakutan.



2.  Tumpukan perhatian dan peka dengan keadaan sekeliling.

Foto: backpackerbus




Sentiasa berjaga-jaga dan jangan lalai! Kecurian berlaku pada mangsa yang leka dengan sesuatu. Pastikan beg dan pakaian dibawa sentiasa dizip atau dikunci.


3. Sediakan senarai dan jadual aktiviti.

Foto: daysoftheyear




Sebaiknya, elakkan daripada keluar malam. Tetapi jika terpaksa, kunjungi kawasan yang ramai orang. Ini lebih selamat dan mudah untuk meminta pertolongan sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini.



4. Jauhi diri daripada individu tidak dikenali yang cuba mengorat anda.

Foto: coolcousin




Jika anda wanita, mungkin boleh cuba memakai cincin di jari manis untuk beritahu mereka anda sudah berpunya. Manakala, golongan lelaki pula janganlah mudah tergoda dengan mana-mana wanita yang cuba menggoda. Mungkin dia sedang memasang perangkap. Siapa tahu?


Apakata sekali-sekala mengembara solo, barulah mencabar! Namun, perlulah melakukan persediaan rapi dari segi mental, fizikal dan ilmu-ilmu berkenaan tempat yang akan dikunjungi. Sebagai tambahan, pembacaan meluas mengenai pengembaraan solo juga diperlukan supaya tidak terpinga-pinga di sana nanti! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 05:44 PM | Show all posts
Betul tu dah lama amalkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 05:48 PM | Show all posts
kekdg best gak jejln solo ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
First time travel solo last year. Tapi pilih negara paling selamat dulu bagi konfiden.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum berani lg nk backpacker sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
First time iols kembara solo, kat US. Seb baik x sesat. Iols amalkan fefeeling ummah US so mmg penuh konfiden. Gitchu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2018 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum nak travel mana-mana,  bayar hutang kawan dulu. Takut  mati  dalam perjalanan
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 08:31 AM | Show all posts
masa budak skola dulu pernah kene grab dgn sorg apek pastu mintak duit
masa turun bas tu mmg baru bangun tido
otak pon mamai lagi pastu pegi lalu lorong yg agak kosong sape suruh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 09:04 AM | Show all posts
teringinnye nak kembara solo ni..tp xberani lagi huhuhuhu

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 03:03 PM | Show all posts
aku selalu je kembara solo

memula dulu takut gak tapi lepas tu ok je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.947287 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list