Pernah tak segarkan mata dengan timun?
Ya, letak hirisan timun pada sepasang mata yang letih.
Petua ini memang popular sejak berzaman lagi dan terbukti berkesan.
Namun, ada satu lagi petua yang tak ramai tahu. Timun yang kaya dengan Vitamin B dan C ini sebenarnya mampu menyegarkan tubuh, membantu buang toksin, merawat kulit yang rengsa, menggalakkan pertumbuhan rambut, hilang baut mulut dan membantu turunkan berat badan.
Wow! Dengan banyak manfaat ini, bagaimana nak membuatnya?
Seperti yang dikongsikan netizen ini, Nauf Safuan yang mendapat perkongsian sebanyak 5,833 di Facebook.
“Gel timun ini sangat sesuai untuk dapatkan kulit kilat kilat macam sebelum raya. Kalau ada jerawat yang berleluasa kat muka tu pun boleh cuba pakai gel timun ni. Dan paling best, gel timun ni boleh elak dari jerawat terus merebak. Pakai sebelah malam. Esok bangun pagi inshAllah jerawat akan segera kecut. Best kan?”
Selain itu, menurut Nauf , gel timun ini juga mampu menyelesaikan masalah pori besar, nanti pori akan mengecut dengan pemakaian konsisten.
GEL TIMUN
Bahan-bahan
- ½ biji timun
- Gel daun lidah buaya (yang di beli di drug store)
- Penyagat
Cara penyediaan
1) Sagat timun hingga habis
2) Asingkan air timun dengan hampas timun.
3) Ambil air timun, campur dengan lidah buaya.
4) Masukkan ke dalam bekas. Simpan dalam peti ais sebelum guna
Gel timun ini boleh bertahan 2 minggu jika di simpan dalam peti sejuk. Pakai pada waktu pagi dan sebelum tidur. Kulit akan berseri dan lebih licin.
Bagaimana? Mudah kan membuatnya? Jom buat dan tampil berseri tanpa jerawat. - CARI
Kredit : Nauf Safuan
|