CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 6143|Reply: 5

6 Matlamat Kewangan yang Perlu Dicapai Sebelum Usia 30 tahun

[Copy link]
Post time 23-4-2018 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by easicircle at 23-4-2018 11:43 AM

Urus Pendapatan Dengan Baik
Hal ini adalah faktor asas untuk mencapai matlamat kewangan sebenar. Apa jenis pekerjaan sekalipun tidak kira bergaji besar mahupun kecil. Anda perlu bijak menguruskan pendapatan dengan mendahulukan segala komitmen bulanan terlebih dahulu. Utamakan keperluan daripada kehendak. Perlu konsisten supaya aliran kewangan anda tidak terjejas.

Mempunyai Simpanan Tetap
Simpanan tetap bermaksud simpanan kecemasan yang anda akan hanya keluarkan jika berlakunya hal penting dankecemasan sahaja. Mulakan dengan ketepikan 10 peratus daripada gaji anda.Namun, cuba tingkatkan jumlah simpanan mengikut kemampuan secara berkala.

Mempunyai Perlindungan Insurans
Kesihatan adalah aset yang paling berharga. Maka lindungilah diri di usia muda dengan perlindungan insurans nyawa dan kesihatan. Sekurang-kurangnya anda mempunyai biayai untuk kesihatan dan diri jika ditimpa musibah yang tak diduga.

Mempunyai Aset  
Membeli sekurang-sekurangnya sebuah rumah sebagai aset. Beli rumah mengikut kemampuan gaji anda. Cuba sediakan satu tabung khas sebagai simpanan persediaan untuk memiliki rumah pertama. Pembelian rumah atau hartanah juga boleh dijadikan sebagai pelaburan yang mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda sekiranya dijual pada masa akan datang. Selain itu, membeli rumah di usia muda juga mampu memanjangkan tempoh pinjaman perumahan dan ansuran bulanan juga akan menjadi rendah.

Bebas dari Hutang Jahat
Elakkan dari membuat pinjaman peribadi, kad kredit, atau membeli telefon pintar secara ansuran. Hal ini, hanya akan mengakibatkan anda terikat dengan hutang yang mempunyai kadar faedahyang tinggi. Jika ini berlaku ia hanya akan menambah beban hutang anda. Malah menyukarkan pinjaman anda daripada diluluskan.

Mempunyai Kenderaan Sendiri
Memiliki kereta idaman menjadi impian setiap orang. Namun memiliki kereta mengikut kemampuan itu jauh lebih penting. Ambil tahu tentang kos penyelenggaran sesebuah kenderaan supaya tidak terbeban dengan kos selenggara. Tidak perlu memakai kereta import jika separuh daripada gaji anda harus dihabiskan untuk membayar ansuran bulanan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2018 01:44 PM | Show all posts
ade yek term utang jahat..
utang baik tu cmne lak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:21 PM | Show all posts
grizz replied at 23-4-2018 01:44 PM
ade yek term utang jahat..
utang baik tu cmne lak..

hutang baik tu hutang yg memberikan faedah - hutang rumah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:27 PM | Show all posts
airisa replied at 23-4-2018 02:21 PM
hutang baik tu hutang yg memberikan faedah - hutang rumah

owh..gtu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2018 03:11 PM | Show all posts
airisa replied at 23-4-2018 02:21 PM
hutang baik tu hutang yg memberikan faedah - hutang rumah

terima kasih untuk pencerahan.

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua tu dah ada kecuali hutang jahat

Ada 1 personal loan. Lagi setahun nak bayar
Dan shopping guna Cc
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048487 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list