CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1579|Reply: 13

16 Tahun Guna Air Telaga Dan Hujan, Satu Keluarga Kerap Demam

[Copy link]
Post time 18-4-2018 01:19 PM | Show all posts |Read mode
16 tahun terpaksa guna air telaga dan hujan, sebuah keluarga di Kuala Ketil kini boleh menarik nafas lega selepas menerima bantuan dari Bridged Bakti Malaysia (BBM) Cawangan Kedah untuk mendapatkan bekalan air bersih.


Sinar Harian melaporkan, keluarga ini tidak dapat menikmati bekalan air bersih dari Syarikat Air Darul Aman (Sada).


Muhamad Sidek, 45, berkata, dia bersama isteri dan empat anak lain yang berusia dua hingga enam tahun selama ini memang bergantung dengan air hujan.

Foto: Sinar Harian


“Masalah saya dah banyak kali diadukan kepada pihak berwajib tetapi jawapan saya terima 'nanti, nanti'. Ada la beras depa bagi, tapi apa yang saya nak air bersih.


“Selama guna air hujan kami ada guna air telaga, tapi air tu dah kering tujuh tahun lepas. Sejak tu kami guna air hujan. Isteri yang juga OKU dan anak kadang-kadang mandi guna air parit bila kemarau.” katanya


Tambahnya, kesan dari menggunakan bekalan kurang bersih menyebabkan isteri dan anak-anak sering mengalami demam.


Dia juga terpaksa memperuntukkan RM2 sehari untuk membeli tapisan bagi kegunaan masak dan mandi.


“Alhamdulillah, terima kasih kepada BBM sebab selesaikan masalah kami. Kalau tak, mungkin selamanya isteri dan anak-anak tak merasai air bersih." -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2018 01:35 PM | Show all posts
ktorg dlu pon gune air telaga gak..best kot..sejuk je..
klu minum cm air dr peti ais la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 01:38 PM | Show all posts
kat kampung aku selamba je org curi air paip kerajaan wat makan minum anak beranak jadi darah daging tanpa rasa bersalah atau berdosa.

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 18-4-2018 01:38 PM
kat kampung aku selamba je org curi air paip kerajaan wat makan minum anak beranak jadi darah daging ...

Melayu islam ni yg depa tau makan babi je haram...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya baru nak bagi bantuan. Lain kali time nak pilihanraya mintak dgn yb kawasan. Konfem laju je dapat
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 01:46 PM | Show all posts
“Masalah saya dah banyak kali diadukan kepada pihak berwajib tetapi jawapan saya terima 'nanti, nanti'. Ada la beras depa bagi, tapi apa yang saya nak air bersih.


kesian pakcik ni. yelah btul la die ckp kalau takde air bersih camne nk masak nasi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2018 03:08 PM | Show all posts
bila time nak pilihanraya je baru nak buat kerja,..kerja cuma dalam 100 hari selepas menang pilihanraya dan sebulan sebulan pilihanraya.. 130 days je kerja dalam tempoh 5 tahun..mmg celake!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh bukan Selangor je ke ada masalah air? Sah berita pelesu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2018 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Jujir saya ckp, saya duduk Selangor lebih dr 40 tahun (pindah dr N9 umur 7tahun) tp xpernah pulak ada isu air. (...garu kepala...)
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Oopppsss...komen di atas utk dodolgemuk!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 03:49 PM | Show all posts
alahai, selama ni korang minum air dari mana??

air laut ke???

syukur la tuhan jadikan hujan, dpat korang hidup.

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt kg nenek aku masih gunakn air hujan utk mkn mndi... Tp takdala kerap demam pon. Kdg2 kebersihan dlm rmh juga yg buat slalu dmam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat gombak tue hendon curi air dan elektrik malsysia free je. Ntah2 anak2 diorang beranak pinak selamat dah jadi pejawat awam sambil jasi ahli parti celaka umno tue
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 09:26 AM | Show all posts
nk pilihanraya ni, mintak je mcm2 InsyaAllah dapat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.428100 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list