Siapa sahaja tidak menganggap deodoran itu sebagai satu perkara yang tidak penting? Pasti anda semua merasakan deodoran itu sebagai suatu alat terpenting dalam menjalani kehidupan seharian.
Mana tidaknya, bau tubuh dihasilkan kelenjar peluh yang aktif sering kali menusuk lubang hidung dan menganggu anda. Dengan adanya deodoran, pasti akan membuatkan anda menjalani kehidupan seharian dengan lebih tenang.
Foto: Giphy
Tetapi, setakat mana deodoran dibeli dapat dapat bertahan? Sebulan, dua bulan atau lebih lama? Ia pastinya bergantung kepada kekerapan anda menggunakannya. Jadi, jika deodoran cepat habis pasti rasa risau, bukan?
Nah, Erabaru.com ada berkongsi salah satu cara bagi menghasilkan deodoran yang pastinya akan menjimatkan anda. Dengan hanya menggunakan RM10 ia dapat bertahan sehingga enam bulan. Wah!
Foto: Flantera.wordpress.com
Caranya mudah sahaja!
1) Batu tawas
Foto: Bukalapak.com
Di mana boleh anda dapatkan batu tawas ini? Anda boleh mencarinya di kedai runcit India, mahupun farmasi atau kedai-kedai Arab.
2) Rendam batu tawas bersama air kira-kira 300ml.
Anda boleh tentukan sendiri kepekatannya. Jika anda mempunyai bau tubuh yang kuat, maka perlulah menggunakan deodoran yang lebih pekat.
3) Selepas ianya larut, tapiskan.
4) Siap! Seterusnya anda hanya perlu memasukkan ke dalam botol semburan.
Foto: Muslim.blogspot.com
Deodoran hasil tangan anda ini boleh digunakan selepas mandi. Dengan hanya bermodalkan RM10, anda dapat menghasilkan deodoran yang pastinya dapat menjimatkan anda. Jadi, tunggu apa lagi? Anda patut mencubanya sekarang! - CARI |