Edited by EJALTI at 17-4-2018 10:33 AM
Perak, tunggu Ibrahim Mat Zin nak datang...
https://www.malaysiakini.com/news/420126
Diterbitkan 16 Apr 2018, 8:21 malam | Dikemaskini 16 Apr 2018, 8:46 malam
PRU14 | Kali terakhir khabar mengenainya diberitakan kepada umum ialah apabila dia 'khatam' kelas fardu ain yang dikendalikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan.
Hari ini nama Ibrahim Mat Zin muncul lagi.
Lelaki yang mengaku kononnya dia seorang raja bomoh itu dilaporkan BH Online bakal menyertai pilihan raya umum (PRU) pada bulan depan.
Kata Ibrahim, dia menyasarkan dua kerusi sekali gus pada kali ini dan lokasi yang dipilihnya ialah di Perak.
Lapor portal berita itu kerusi yang diintai Ibrahim ialah parlimen Teluk Intan dan dewan undangan negeri Manjoi.
Pengumuman mengenai langkah awal Ibrahim mahu menjadi wakil rakyat itu khabarnya akan dibuat di sebuah hotel di Ipoh, Perak esok.
Untuk membuat liputan mengenai pengumuman itu pula lapor BH Online, wartawan mestilah mempunyai kad media yang sah sebelum dibenarkan menyertainya.
Ibrahim memang terkenal dengan pelbagai aksi aneh sebelum ini.
Pernah menggunakan gelaran Datuk pada namanya, Jawatankuasa Fatwa Perak pernah mengisytiharkan ajaran yang diamalkan oleh Ibrahim sebagai sesat.
Pada Mac 2014 Ibrahim bersama beberapa individu dipercayai pengikutnya mengadakan ritual pelik di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang kononnya bagi membantu mengesan pesawat udara MH370 yang hilang.
Ibrahim mendakwa kedatangannya ke KLIA kerana dijemput seorang pegawai tertinggi negara dan melakukan usaha mencari kapal terbang berkenaan menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.
"Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin," katanya.
Pada Dis 2017 pula Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad memberitahu Ibrahim sudah menamatkan kelas fardu ain yang dikendalikan pejabatnya.
Pengajian itu, kata Zulkifli, dikendalikan beliau sendiri serta pegawai pejabatnya. |