View: 5347|Reply: 11
|
Pulau Tinggi Mersing: Pulau Paling Tenang Dan Relaks Di Johor
[Copy link]
|
|
Kaki pulau tentu tahu ada banyak pulau yang indah-indah di kawasan Mersing, Johor. Pernah dengar tentang kewujudan Pulau Tinggi?
Ia dapat diakses dengan menggunakan feri dari Jeti Tanjung Leman. Menariknya hanya ada sebuah penginapan di pulau cantik ini iaitu Tad Marine Resort.
Pantai dengan pasir putih bersih, laut yang tidak berpenghujung, langit biru dan gunung-ganang yang menghijau bakal menanti anda di sini. Pulau terpencil ini turut kaya dengan flora dan fauna.
Foto: Facebook
Sesuai untuk pencinta alam semulajadi dan mereka yang ingin berehat dari kesibukan kota seperti anda. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah kolam renang yang besar dan juga jakuzi.
Sebanyak 88 buah bilik tersedia untuk para tetamu dengan 3 jenis bilik iaitu standard room, deluxe chalets dan deluxe suites. Anda boleh pilih sama ada mahukan bilik dengan pemandangan laut atau pemandangan taman.
Foto: Facebook
Bilik-bilik di resort ini luas dan dilengkapi katil yang selesa dengan kemudahan moden seperti TV LCD, Astro, penyaman udara, pengering rambut, air pancuran sejuk dan panas, dan kelengkapan peribadi.Tad Marine Resort juga sesuai untuk percutian keluarga dan pelbagai aktiviti ditawarkan di sini.
Antaranya sukan air seperti memancing, berkayak, berenang, selam skuba dan lawatan ke pulau-pulau berhampiran. Aktiviti yang popular dan wajib dilakukan di sini adalah snorkeling dan meredah hutan.
Foto:Facebook
Kebiasaannya snorkeling dilakukan di pantai berdekatan atau di Pulau Lima, boleh dicapai dengan hanya 15 minit menaiki bot. Bagi yang sukakan hutan bolehlah meredah hutan dan menjejaki laguna dengan air terjun yang sangat jarang diusik.
Perjalanan adalah selama 30 sehingga 45 minit dengan bantuan guide. Jika anda hanya mahu bersantai sambil menikmati pemandangan pulau yang mengasyikkan ditemani minuman kegemaran anda juga terserah pada anda .
Foto:Facebook
Hubungi 03-8023 9009 atau layari laman Facebook Tad Marine Resort untuk maklumat lanjut.
Pulau Tinggi tak jauh, di Malaysia saja, tunggu apa lagi? Jomlah ‘berenang’ ke sana! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya holiday dekat pulau |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap: Akak dh booking airasia
Sis nk gi mana? |
|
|
|
|
|
|
|
cikcur dengan sisthur vokuro kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
brp pulak yg nie..
aku kira2 kalau gi pulau rawa utnuk 4 org nak dekat 4k... |
|
|
|
|
|
|
|
menarik..tapi aku lebih jatuh cinta pada pantai di pantai timur..orangnya antik dan makanan asli..ditempat ni harus berunsur makanan jawa/indon
|
|
|
|
|
|
|
|
lawanya...tp cukup xberminat dgn resort yg charge per head ni..charge aje la per nite...kalau per head ni, mmg jd mahal gile |
|
|
|
|
|
|
| |
|