Gua Fingal adalah salah satu gua di dunia yang mempunyai bentuk dinding yang menarik iaitu berbentuk heksagon. Ia terjadi akibat yan g terbentuk kerana letusan gunung berapi.
Gua ini terletak di Pulau Staffa, bahagian barat laut Scotland dan telah didaftarkan dalam National Trust for Scotland, sebuah lembaga konservasi berkaitan dengan alam.
Foto: visitcryptoville.com
Keindahan Gua Fingal telah menjadi sumber inspirasi kepada beberapa seniman dan artis. Antaranya Felix Mendelssohn, seorang komposer berasal dari Jerman.
Dia telah mencipta sebuah lagu berjudul Hebrides Overture setelah kunjungannya ke gua ini sekitar tahun 1830. JMW Turner, seorang pelukis berasal dari England turut membuat karya tentang tempat ini yang berjudul Staffa, Fingal’s Cave pada tahun 1831.
Dari luar pulau ini kelihatan seperti Parthenon (kuil Dewi Athena) yang terletak di Greek. Jika anda memasuki kawasan dalam gua anda akan terasa seperti masuk ke sebuah istana pada masa Romawi kuno.
Foto: www.wildlifearchives.com
Tiang-tiang berukuran raksasa berdiri kukuh di sisi kanan dan kiri manakala tiang kecil di bawahnya seolah-olah pengawal yang menyambut kedatangan pengunjung. Bezanya, dasarnya bukanlah tanah atau lantai berkilap, tapi air laut yang biru dan bergelombang.
Cara ke Gua Fingal:
Anda harus terbang ke Glasgow, Scotland terlebih dahulu kemudian menaiki kapal terbang tempatan untuk ke Pulau Tiree,(lapangan terbang paling dekat dengan Pulau Staffa). Anda boleh memilih pelbagai jenis pakej melalui agen pelancongan setibanya anda Pulau Tiree.
Foto: Pandotrip.com
Biasanya,pakej-pakej tersebut termasuk pulau-pulau lain di sekitar Staffa, bukan hanya ke Fingal’s Cave sahaja. April hingga September adalah bulan yang paling sesuai untuk melawat gua ini.
Geram tengok gambar? Apa lagi menabunglah dan lawat Gua Fingal jika anda berpeluang ke Scotland! -CARI |