CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1284|Reply: 1

Macam Perang, 20 Maut Ketika Banduan Cuba Larikan Diri

[Copy link]
Post time 11-4-2018 05:55 PM | Show all posts |Read mode
20 termasuk pengawal penjara maut ketika banduan cuba melarikan diri dari penjara di bandar Belem, utara Brazil dengan bantuan daripada kumpulan bersenjata yang meletupkan tembok penjara berkenaan, lapor BBC.




Foto: BBC/EPA




Kejadian menyebabkan seorang pengawal dan 19 banduan serta sekutu mereka yang berada di luar penjara maut apabila berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.


Pihak berkuasa menggambarkan pertempuran di Kompleks Penjara Santa Izabel itu umpama satu peperangan di mana pasukan keselamatan diserang dari luar dan dalam penjara dalam cubaan berkenaan.


Pertempuran itu menyebabkan empat pengawal penjara cedera dan salah seorang daripadanya parah.




Foto: BBC/AFP




Pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada terdapat banduan yang berjaya meloloskan diri dari penjara berkenaan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2018 01:32 AM | Show all posts
Penjara2 Brazil antara paling bahaya dan paling sesak di donia. ai pernah tengok movie berdasarkan kisah benar rusuhan penjara Carandiru. Rasa claustrophobic jah. satu lg penjara yg ai rasa paling ganas - Black Dolphin, Rusia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.061610 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list