CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1333|Reply: 5

Bunuh Bapa, Nenek Kerana Tak Tahan Dileter

[Copy link]
Post time 11-4-2018 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki berusia 38 tahun mengaku membunuh lima orang termasuk ahli keluarganya di barat daya Jepun hanya kerana tertekan dengan leteran bapa dan neneknya, lapor Japan Today.


Salah satu daripada dua mayat yang ditemui pada Ahad di kawasan pergunungan di wilayah Kagoshima telah dikenal pasti sebagai bapanya, Masatomo, 68, yang mati dicekik. Manakala, satu lagi mayat dipercayai neneknya yang berusia 89 tahun, Hisako Iwakura.


Tiga lagi mayat mangsa iaitu Hiroyuki Goto, 47, rakannya yang tinggal di kompleks apartmen sama serta dua ibu saudaranya, Takako Iwakura, 69 dan Kuniko Sakaguchi, 72, ditemui di kediamannya itu.




Foto: Japan Times




Menurut polis, kediaman bekas anggota Pasukan Pertahanan Diri (SDF) itu dimiliki neneknya dan terletak berhampiran kediaman neneknya di bandar Hioki.


Media melaporkan, Iwakura mengaku kepada polis bahawa dia membunuh kesemua lima mangsa di kediaman milik neneknya itu.


Polis percaya suspek membunuh bapa dan neneknya di kediamannya sebelum meninggalkan mereka di dalam hutan di Hioki.


Dia kemudian membunuh Goto dan dua makciknya yang melawat kediaman itu untuk menziarah mereka.


Sementara itu, Japan Times melaporkan, polis percaya ketiga-tiga mangsa termasuk Goto, dibunuh ketika melawat rumah itu selepas diminta bapa saudara Iwakura  yang juga suami kepada Takako untuk memeriksa keadaan bapa suspek yang sudah beberapa hari tidak masuk kerja.


Iwakura ditahan pada Sabtu kerana disyaki mencekik kesemua mangsa sampai mati. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2018 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Btol btol tekanan neh
Brapa lama dia oendam sebuah.duka
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena buat something la dgn org yg suka membebel ni. Tindakan diorang boleh buat org mental.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 10:05 AM | Show all posts

duduk dgn org kuat berleter mmg bleh jd stress gilerr..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 10:18 AM | Show all posts
sapa2 kata jepun tu aman tu..kena

bersyukurla tak jadi jiran dia.

silap2 mati kene cekik
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 11:43 AM | Show all posts
sebab bukan melayu muslim, thread tak dapat sambutan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ramai pembeli komplen, jeruk keluaran Aliff Syukri berlendir basi
maklukpenggodaRamai pembeli komplen, jeruk keluaran Al
Views : 30961 Replies : 72
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26162 Replies : 10
Isteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
RalineIsteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
Views : 21087 Replies : 82
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 161037 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.395686 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list