CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3863|Reply: 29

Pecah cermin, simbah asid

[Copy link]
Post time 11-4-2018 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Pecah cermin, simbah asid

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/04/329680/pecah-cermin-simbah-asid

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 April 2018 @ 2:07 PM

Mohd Khidir Zakaria
[email protected]


CERMIN kereta yang dipecahkan sebelum asid disimbah kepada wanita berhampiran SMK Raja Jumaat.  FOTO Mohd Khidir Zakaria.

WANITA cedera disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika berhenti di lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat, Port Dickson, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa berusia 40-an yang juga kakitangan syarikat petroleum dikatakan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam perjalanan dari arah Lukut menghala ke bandar Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, ketika berhenti di lampu isyarat berkenaan, muncul dua lelaki menunggang motosikal dari sebelah kanan.

Katanya, seorang daripada lelaki terbabit memecahkan cermin sebelah pemandu dipercayai menggunakan objek keras dan menyimbah cecair ke arah mangsa.

“Kedua-dua suspek memecut motosikal meninggalkan lokasi kejadian dan orang ramai yang menyaksikan kejadian membantu mangsa yang mengalami kecederaan.

“Akibat kejadian itu, mangsa melecur di pipi, kedua-dua lengan, paha, perut dan betis serta dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, lelaki berusia 30-an dipercayai rakan sekerja mangsa yang turut berada dalam kenderaan itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Zainudin berkata, siasatan awal dan temubual ke atas mangsa mendapati dia tidak tahu siapa suspek dan mendakwa tidak mempunyai musuh yang disyaki.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2018 04:37 PM | Show all posts

Berhenti Di Lampu Isyarat, Wanita Parah Disimbah Asid

Seorang wanita yang dalam perjalanan dari arah Lukut menghala ke bandar Port Dickson menjadi mangsa disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali.


Harian Metro melaporkan insiden berlaku semasa mangsa berhenti di lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat, Port Dickson.


Semasa sedang menunggu, muncul dua orang lelaki yang menunggang motosikal dari sebelah kanan.


Difahamkan salah seorang dari lelaki terbabit memecahkan cermin sebelah pemandu menggunakan objek keras dan menyimbah cecair ke arahnya.


Foto: Harian Metro


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata,


“Kedua-dua suspek memecut motosikal meninggalkan lokasi kejadian dan orang ramai yang menyaksikan kejadian membantu mangsa yang mengalami kecederaan.


“Akibat kejadian itu, mangsa melecur di pipi, kedua-dua lengan, paha, perut dan betis serta dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan."


Seoang lagi rakan sekerja mangsa yang turut berada dalam kereta tersebut tidak mengalami kecederaan.

Mangsa mendakwa dia tiada musuh yang disyaki.


Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. -CARI
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan saja2 suka2... mesti ada kes punya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 04:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti kes tak puas hati /dendam. aku tak pasti kalau ada org suka2 nak pecahkan cermin sebelum sembur asid..

baik gi curah asid kat memana je tanpa perlu pecah cermin
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 05:00 PM | Show all posts
sy syak dia komen menghasut kt fb

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2018 05:06 PM | Show all posts
Kalau salah orang naya aja.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi..takutnya kena mcm ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2018 05:17 PM | Show all posts
aku syak ada hubungan sulit dgn laki org
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 05:18 PM | Show all posts
kesian...tapi sure ada kes ni, sebab takkan sanggup sampai nak pecahkan cermin kereta and rakan yang di dalam kereta ok je
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngeri nya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 06:26 PM | Show all posts
Jeles?....

klu dah kawin, atau pernah kawin, gi selidik suami atau ex somi.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Puncanya apa ?
Kacau laki orang ke ?
Tunang org ke ?
Pernah jadi pisau cukur ?
Menipu org ? Sakitkan hati org ?
Tak bayar hutang ?
Haihhh , agak2 teruk ke pipi dia kena simbah asid ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mangsa tak ada musuh, ada kemungkinan ke suspek tu salah target..?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
If u mind ur own shit aint nobody got a time for your ass..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 08:24 PM | Show all posts
@admin6 tolong ajarkan editor cari ni macam mana nak search sebelum buka topik.

@CARI-MRO belajar la dulu berforum sebelum ko menggigil nak bukak thread pastu kelim duet.

Comments

Thank you.sudah merge  Post time 12-4-2018 03:41 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2018 09:12 PM | Show all posts
Semoga penjenayah dapat ditangkap.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 09:15 PM | Show all posts
simbah2 asid nih selalunya ada kaitan dgn personal vendetta. kes cemburu, bekas bf takbleh move on, skandal dgn laki org etc etc. ini contoh k
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 09:18 PM | Show all posts
aku syak thread ni dah ada

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 09:17 AM | Show all posts
Takutny pula rasanya nak berhenti di lampu isyarat.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.091735 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list