View: 1559|Reply: 3
|
Skodeng Telefon Suami Satu Jenayah, Boleh Kena Denda Setengah Juta!
[Copy link]
|
|
Dengan pelbagai kemudahan canggih pada zaman media sosial kini, sangat mudah timbul prasangka terhadap pasangan masing-masing. Tatkala suami atau isteri meninggalkan telefon bimbit, pasti mata melilau melihat skrin telefon mereka.
Mungkin ini sudah menjadi lumrah apabila terlalu banyak berita memaparkan kecurangan pasangan menerusi media sosial yang semakin berleluasa.
Foto: Google Imej
Antara masa yang selalu digunakan untuk mengintip biasanya ketika pasangan tidur ataupun ketika terlupa membawa telefon bimbit. Kalau tidak menemui apa-apa yang mencurigakan tidak mengapa. Tetapi jika ada, tercetuslah perang dunia ketiga. Namun, satu kelegaan apabila meihat wajah sendiri di skrin telefon pasangan, betul tak?
Bagaimanapun, tahukah anda bahawa di Arab Saudi, perbuatan mengintip telefon bimbit pasangan adalah salah dari segi undang-undang? Pasangan berkahwin di Arab Saudi mungkin berfikir dua kali untuk mengintip telefon bimbit pasangan kerana ia kini, ia dianggap sebagai perbuatan jenayah.
Foto: Google Imej
Kementerian Penerangan Arab Saudi telah mengesahkan kewujudan undang-undang ini. Menurut kementerian itu, tertuduh boleh didenda sehingga 500,000 riyal (RM516,000) dan penjara setahun jika sabit kesalahan!
Peraturan ini adalah sebahagian daripada undang-undang antisiber baharu yang berkuat kuasa di negara pengeluar minyak itu pada minggu lalu.
Kata kementerian itu lagi, undang-undang itu diperkenalkan untuk melindungi moral individu dan masyarakat serta maklumat peribadi mereka. Langkah ini dibuat kerana berlakunya peningkatan jenayah siber seperti memeras ugut, penyelewengan dan fitnah. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Berita dah basi + berita luar negara (takde kena mengena dgn Msia)
cari la berita fresh sket...
mengabiskan beras je
|
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk misleading. Tulislah check phone pasangan, bukan suami je |
|
|
|
|
|
|
| |
|