|
Kebanyakan orang menginginkan gigi yang sentiasa putih dan bersih. Gigi juga melambangkan kebersihan diri seseorang. Bukan itu sahaja, gigi yang putih dan bersih juga akan membuatkan anda sentiasa yakin untuk bergaul dengan orang lain.
Tetapi, kenapa gigi sentiasa berwarna kuning walhal anda sering mengosoknya mengikut waktu.
1) Rokok dan kopi
Foto: Dentaly.org
Umum tahu merokok membuat gigi anda berubah menjadi kuning kerana kandungan tembakau membuatkan warna gigi semakin gelap. Selain itu, kopi juga meninggalkan kesan kepada gigi jika anda kerap meminumnya, lalu menjadikan warnanya kedam dan kekuningan.
2) Pencuci mulut
Foto: Netralnews.com
Memetik Vemale, penggunaan pencuci mulut yang kerap akan menyebabkan enamel gigi rosak, lantas mengubah warna gigi menjadi kekuningan. Jadi, berpada-padalah dalam menggunakannya ya!
3) Menggosok gigi dengan kuat
Foto: Gfycat
Menggosok gigi dengan terlalu kuat juga akan memberikan kesan negatif kepada gigi disebabkan lapisan enamel gigi menjadi nipis. Jadi, belajarlah cara lebih berkesan untuk menggosok gigi!
4) Makanan masam
Foto: Hijabista.com.my
Makanan seperti tomato, nanas, cuka, minuman bersoda dan seumpamanya akan merosakkan enamel gigi. Jika anda mengambil makanan atau minuman yang masam, anda perlu segera meminum air putih!
Gigi yang putih bersih dapat membuatkan seseorang lebih berkenyakinan dalam menjalani kehidupan seharian. Jadi, gigi juga adalah salah satu aset penting yang harus dijaga. - CARI |
|