"Tahun lepas adik aku berlakon memang kelakar nak mam... Kalau pakai juri profesional, mesti kau dah menang."
Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 44, menulis begitu di laman Instagramnya sebagai kata-kata semangat buat adiknya, Sharifah Sakinah yang terpaksa akur apabila gagal membawa pulang anugerah Meletop 2018.
Foto: mStar Online
Shahirah yang mesra dengan panggilan Shiera memohon maaf kerana tidak tahu cara untuk mengundi secara dalam talian selain tiada masa untuk melakukannya.
Menerusi posting di IGnya, Shiera percaya pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu mampu memenangi anugerah berkenaan sekiranya dinilai juri profesional, dan bukannya undian semata-mata.
Kau memang kelakar
Foto: IG Sharifah Shahirah
"Otak bijak, berlakon bodoh-bodoh. Teruskan mewarnai dunia seni dan buat orang gembira," tulisnya.
Memetik mStar Online, Sakinah pertama kali dicalonkan dalam kategori Pelakon Lawak MeleTOP pada anugerah berkenaan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Ahad.
Bagaimanapun, anugerah itu dimenangi pelakon dan pelawak Zizan Razak menerusi filem Abang Long Fadil 2.
Foto: IG Sharifah Sakinah
Rata-rata pengikut bersetuju dengan kenyataan Shiera itu selain memuji bakat lakonan Sakinah yang sempoi lucu semula jadi tanpa dibuat-dibuat.
Kalau pakai juri, mesti menang
Dalam masa sama, ada yang menyifatkan anugerah berkenaan sebagai anugerah syok sendiri.
Foto: IG Sharifah Shahirah
Apapun, Sakinah memang pelakon hebat! Semoga terus maja jaya dalam industri seni hiburan. - CARI |