Makanan 'fast food' ni biasanya menjadi musuh yang paling nyata jika kita sedang berdiet. Sebabnya kerana kalori tinggi yang terkandung di dalamnya akan memberi kesan kenaikan berat badan dan lain-lain kesan kesihatan.
Tetapi, sekali sekala boleh sahaja kalau nak merasa. Cuma berpada-pada. Nak ini list untuk anda semua menu fast food yang boleh anda nikmati dan nilai kalorinya adalah rendah.
1. McDonald's-Egg McMuffin
Egg muffin menjadi salah satu menu sarapan yang menjadi pilihan di Mcdonald's. Selain harganya yang murah, kalorinya juga rendah ya!
Foto: Fox Valley Foodie
Kalori : 300
Lemak : 12 gram
Lemak Jenuh : 6 gram
Sodium : 730 mg
Karbohidrat : 30 gram
Serat : 2 gram
Gula : 3 gram
Protein : 17 gram
2. McDonald's-Chicken Nugget 6 pcs
Jika anda ingin menikmati makanan ringan fast food, boleh la mencuba chicken nugget di McD. Tetapi risikonya anda tidak akan berasa kenyang. Enam biji nugget mengandungi sekitar 340 kalori dan ia menyamai dengan satu McMuffin.
Foto: Business Insider
Kalori : 340
Lemak: 22 gram
Lemak Jenuh : 3,5 gram
Sodium : 655 mg
Karbohidrat : 24 gram
Serat : 2 gram
Gula : 5 gram
Protein : 13 gram
3. Starbucks-Classic Whole Grain Oatmeal
Oatmeal adalah salah satu pilihan sarapan sihat. Selain rendah kalori, lemak, dan sodium, otmeal juga tidak mengandung gula. Makanan ini mampu mengenyangkan kerana ia mengandungi serat dan karbohidrat.
Hanya tambahkan potongan buah-buahan, kamu sudah mendapatkan cukup nutrisi untuk memulai kegiatan di pagi hari.
Foto: kblog.lunchboxbunch.com
Kalori : 160
Lemak : 2,5 gram
Lemak jenuh : 0,5 gram
Sodium : 125 mg
Karbohidrat : 28 gram
Serat : 4 gram
Gula : 0 gram
Protein : 5 gram
4. Dunkin Donuts-Veggie Egg White Flatbread
Menu ini sesuai untuk anda sarapan pagi. Tapi ingant, jangan sampai tergoda dengan donat-donat manis dan minuman ringan di Dunkin Donuts ya!
Foto: grinningcheektocheek.com
Kalori : 330
Lemak : 14 gram
Lemak jenuh : 7 gram
Sodium : 570 mg
Karbohidrat : 33 gram
Serat : 3 gram
Gula : 5 gram
Protein : 18 gram
5. Burger King - Whopper Jr.
Sepinggan Whooper Jr dari Burger King tidak akan membuat anda gemuk. Kecuali jika anda makan bersama kentang dan air pepsi atau air bergas yang lain.
Foto: RestaurantNews.com
Kalori : 310
Lemak : 18 gram
Lemak jenuh : 5 gram
Sodium : 390 mg
Karbohidrat : 27 gram
Serat : 1 gram
Gula : 7 gram
Protein : 13 gram
Nah, tak takut gemuk lagi, kan? Yang mana satu pilihan menu anda? - CARI |