Sampainya Hati Ibu Tinggalkan Anak-Anak Comel Ni.
Lautan mana yang tidak bergelora dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Begitu juga dalam sebuah perkahwinan.
Dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri, kadang kala akan ada masalah yang boleh menyebabkan salah faham dan pertengkaran dalam pelbagai hal. Jadi, kalau setakat bertengkar dan bergaduh itu adalah perkara biasa antara suami dan isteri dan selepas itu akan berdamai semula. Itulah yang dikatakan asam garam dalam rumah tangga.
Bagaimana pun, cerita yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook ini sangat menyentuh hati apabila seorang ibu dikatakan lari meninggalkan anak-anak yang masih kecil kepada suaminya. Aminudin Ghazali menulis kisah keluarga malang ini agar nasib mereka berubah dan mendapat perhatian serta bantuan daripada netizen dan pihak bertanggung jawab.
Netizen Kecam Si Ibu Yang Tinggalkan Anak-Anak Comel Ini.
Kesian...Keadaan bilik kecil dan daif yang didiami oleh empat beranak ini.
Siapa yang tidak kesian melihat anak-anak yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ibu terpaksa berdikari untuk meneruskan hidup. Ramai netizen yang membaca kisah dan melihat gambar-gambar mereka melahirkan rasa sedih dan kesian.
Netizen juga turut membuat pelbagai andaian tentang keluarga ini dan tentang ibu yang lari meninggalkan anak-anak seramai 3 orang itu. Ramai netizen yang kata anak-anak tersebut sangat comel dan mengikut wajah ibunya. Malah mungkin juga si ayah berkahwin dengan wanita muda.
Setelah cerita ini tular dan ramai netizen yang mengecam kerana dikatakan tiada tindakan daripada pihak bertanggung jawab, wakil daripada Baitulmal MAIWP tampil untuk membetulkan keadaan. Sebenarnya keluarga ini sudah mendapat bantuan zakat cuma mungkin ia tidak mencukupi akibat kos sara hidup yang semakin meningkat.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga kalian yang sudah berumah tangga dapat menjadikan iktibar dan berfikir panjang sebelum melakukan apa-apa tindakan. Kesan buruknya kepada anak-anak yang perlu membesar dalam keadaan kekurangan. - CARI |