Walaupun bulan Ramadhan masih belum tiba, tapi kita dah dapat lihat banyak butik yang sudah pun mengeluarkan rekaan baju untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pelbagai cara dan strategi yang dilakukan peniaga bagi menarik perhatian pelanggan sampaikan ada ada yang benar-benar mencuit hati.
Baru-baru ini sebuah butik di Instagram tampil dengan cara tersendiri dengan menggunakan model yang diarahkan bergaya dengan pelik.
Katanya nak menunjukkan betapa selesanya baju ini sampai boleh buat macam-macam gaya.
Ramai yang terhibur dengan gaya-gaya pelik kerana susah untuk melihat model-model di Malaysia berani buat begini.
Namun ada juga yang mengutuk! Katanya ini semua adalah strategi perniagaan murahan! Kasihan melihat model yang sanggup lakukan apa sahaja demi wang.
Rata-rata netizen terhibur ada juga yang memuat naik gambar dengan melakukan gaya yang sama.
Difahamkan pengasas tersebut mahu membuktikan pakaian keluarannya memang selesa dan katanya lagi ini adalah seni fotografi.
Kreatif betul pemikiran mereka nak melariskan produk sekarang kan? Ada yang berminat nak beli? -CARI |