Bau pelik dan tidak menyenangkan dalam periuk sup daging di sebuah restoran akhirnya terbongkar.
Daily Mail melaporkan, ia adalah angkara seorang lelaki yang sanggup kencing dan buang air besar di dalam periuk tersebut.
Ia terbongkar selepas pemilik premis berkenaan, Jiang bertindak memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di premisnya yang terletak di Bandar Haikou, Wilayah Hainan.
Rakaman CCTV seorang lelaki sedang kencing di dalam periuk sup pesaingnya, Foto: Daily Mail
Difahamkan tindakan tersebut dilakukan bapa pesaingnya, Li yang membuka restoran mee di kedai bersebelahannya.
Jiang kemudiannya membuat aduan kepada polis dan suspek ditangkap sebelum dibebaskan tidak lama kemudian.
Pentadbiran Ubat dan Makanan China mengesahkan yang sup tersebut dicemari dengan najis dan air kencing manusia.
Menurut Jiang lagi, tiada langsung pertengkaran berlaku antara mereka malah dia juga memanggil Li sebagai 'abang'.
Bapa Li melakukan tindakan tersebut kerana dengki restoran Jian dikunjungi lebih ramai pelanggan.
"Saya masih menunggu permohonan maaf daripada Li dan keluarganya," katanya. -CARI |