View: 5845|Reply: 37
|
Anda Suka Macaron Atau Macaroon? Tahu Ke Ia Dua Makanan Berbeza?
[Copy link]
|
|
Perbezaan kedua-duanya
Pencuci mulut yang manis-manis ni memang ramai penggemarnya. Tak kiralah manisan tradisional atau manisan antarabangsa semua ada peminatnya sendiri.
Bagi peminat manisan tradisi, memang sedia maklum banyak gula dicampur untuk menyedapkannya. Antaranya ialah kuih lapis, keria, seri muka, apam dan lain-lain.
Bagaimana pula dengan manisan antarabangsa? Pasti banyak rencah untuk menyedapkannya. Tapi kali ini kita berbicara tentang manisan dibuat dari putih telur ini iaitu macaron atau macaroon.
Eh! Kenapa ada dua nama yang seakan-akan sama? Adakah ia sama atau berbeza sebenarnya?
Mungkin anda termasuk orang yang berfikir bahawa macaron dan macaroon adalah makanan yang sama. Sebenarnya majoriti berfikiran sama dengan anda. Hanya mereka yang benar-benar arif dalam ilmu kulinari sahaja tahu tentang perbezaan kedua-dua jenis makanan ini.
Sebenarnya macaron dan macaroon adalah dua jenis manisan yang memiliki bentuk seakan sama. Bahan utamanya pun sama, iaitu putih telur. Tetapi ada perbezaan asas di antara keduanya.
Jadi, apa yang berbezanya?
Menurut laman sesawang Real Simple, macaron dan macaroon ibarat 'saudara jauh'. Manakala Pengarah di Institut Kulinari, Chef Jansen Chan menyifatkan macaron atau macaroon ini banyak dipengaruhi oleh budaya Perancis dan Itali.
Macaron
Macaron atau disebut juga Parisian Macarons atau Macarons Gerbet adalah pencuci mulut yang dibuat dari tepung almond, putih telur dan gula. Ia diproses dengan cara dibakar hingga menghasilkan tekstur luar yang tipis dan bahagian dalam yang lembut.
Anda suka macaron atau macaroon? Tahu ke ia dua makanan berbeza?
Ia biasanya disajikan bercantum seperti sandwich (roti lapis). Bahagian tengahnya pula diisi jem atau sapuan mentega.
Macaroon
Sementara itu, macaroon pula dibuat dari putih telur, kelapa, dan gula yang dibakar hingga berwarna cokelat keemasan. Bahagian dalamnya terasa padat namun kenyal.
Macaroon paling sedap bila disajikan dengan teh atau kopi panas. Nama lain macaroon adalah congolais dan sangat terkenal di Perancis. Pencuci mulut yang manis ini sering disajikan ketika perayaan Paskah.
Jadi, anda antara orang yang bertuah kerana mengetahui bahawa macaron dan macaroon adalah dua makanan yang berbeza ya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
baru tau len..ingat same.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macaron tu bhn x byk, tapi melampau mahal |
|
|
|
|
|
|
|
Wah ada nyok.. mesti lagi sedap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dua dua iols x boleh telan..
Huhu...
Tp iols.suka tgk.macarons tu..sebab comel comel je..
Ada certain kedai..macarons x menjadi.pon dia buat jual...hamjadah |
|
|
|
|
|
|
|
Macaroon lg sedap dri macaron. Nk buat pon x renyah mcm macaron |
|
|
|
|
|
|
|
Macaroon tu macam ada satu kueh tradisenel tu tapi lupa la pulak apa nama dia |
|
|
|
|
|
|
|
yang dua oo tu nampak sedap |
|
|
|
|
|
|
|
macaroni macarena juga berbeza~ |
|
|
|
|
|
|
|
gummiebear replied at 3-4-2018 05:27 PM
Macaroon tu macam ada satu kueh tradisenel tu tapi lupa la pulak apa nama dia
kan... puas aku cuba ingat... |
|
|
|
|
|
|
|
Sama, mahal sangat kan? Pernah terkena di Mid Valley, tak sedap langsung!
|
|
|
|
|
|
|
|
Cari-Azza replied at 3-4-2018 10:11 PM
Sama, mahal sangat kan? Pernah terkena di Mid Valley, tak sedap langsung!
Tu la..terlalu manis..krim nya patut boleh balancekan tp semua manis..
Boleh bersemut okeh |
|
|
|
|
|
|
|
Macam dorayaki je... |
|
|
|
|
|
|
|
Xsuka macaron..tlampau manis..ingtkn lembut mcm cocopie.. |
|
|
|
|
|
|
|
jauh beza sebutan walaupun macam nak sama ejaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Camne dgn macaroni? Mak aku slalu buat macaroni goreng |
|
|
|
|
|
|
|
beko nyior (bingka kelapa)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|