Selepas hampir satu dekad perkahwinan, kisah cinta luar layar Channing Tatum dan Jenna Dewan Tatum temui jalan penamat. Salah satu pasangan Hollywood yang paling disayangi itu mengambil keputusan berpisah selepas lapan tahun usia perkahwinan mereka. Berita mengejut itu diumumkan melalui satu pos yang panjang melalui Twitter milik Tatum.
Foto: Google Imej
"Hai dunia, kami ada sesuatu yang ingin disampaikan.
"ertama sekali, ianya agak aneh apabila kami harus memberitahu hal seperti ini kepada semua pihak. Namun, ini adalah rentetan hidup yang telah kami pilih.
"Kami telah mengambil keputusan untuk berpisah. Kami telah saling mencintai selama bertahun-tahun dan memiliki perjalanan menakjubkan bersama-sama," kata Tatum.
Foto: Twitter Channing Tatum
Tatum menyatakan tidak ada yang berubah dalam hubungan percintaan mereka, namun ia menyebut "cinta adalah sesuatu yang indah yang kini membawa kami ke arah yang berbeza".
Menurutnya, ia memang sudah saatnya mereka membawa haluan masing-masing.
"Tidak ada rahsia ataupun kecurangan pada keputusan kami, hanya dua sahabat baik yang menyedari ini waktunya untuk memberikan ruang kepada diri masing-masing dan membantu satu sama lain untuk hidup lebih riang dan gembira sebaik mungkin.
"Kami masih sebuah keluarga dan akan sentiasa menjadi ibu bapa kepada Everly (anak perempuan) yang dicintai. Kami tidak akan memberi komen lagi selepas ini dan kami berterima kasih kepada kalian kerana menghargai privasi keluarga kami," lanjutnya.
Foto: Google Imej
Pasangan itu sebelum ini bertemu dalam filem Step Up pada tahun 2005. Dalam filem dansa tersebut, keduanya membawa watak kumpulan penari yang berbeza dan saling bersaing, namun kemudiannya jatuh cinta. - CARI |