View: 2269|Reply: 14
|
Macam Batmobile, SUV Kalis Peluru Ini Adalah Yang Termahal Di Dunia!
[Copy link]
|
|
Pernahkah anda membayangkan memiliki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang direka dengan seni bina yang gah? Pasti kepala anda mula membayangkan SUV kalis peluru seperti dipaprkan dalam filem aksi.
Kalau anda nak tahu, SUV Karlmann Kings yang kelihatan kukuh dan gah ini dihasilkan syarikat IAT dari China dan merupakan SUV termahal pernah dijual di dunia!
Memetik Mail Online, harga Karlmann Kings ini bermula daripada 1.56 juta British Pound (RM8.29 juta) untuk model asas dan nilainya lebih tinggi jika anda memilih untuk memasang pilihan aksesori tambahan termasuk kerangka kalis peluru. Bagaimanapun, menurut perekanya, pengeluarannya terhad kepada 10 unit sahaja.
Sekali tengok, reka bentuk luarannya persis sebuah Batmobile dari komik DC! Kalau luarannya pun sudah kelihatan gempak, dalamannya terlebih lagilah.
Ruangan dalaman Karlmann Kings ini sangat ekslusif dilengkapi sistem hiburan mewah, PlayStation 4, sistem pencahayaan, peti sejuk, skrin televisyen lebar.
Malah, ia turut dilengkapi dengan mesin pembancuh kopi di dalamnya dan kebanyakan ciri di ruangan dalam jentera ini dikawal melalui aplikasi telefon bimbit! Semuanya di hujung jari.
Kereta yang dinamakan sempena raja Perancis abad ke-6, Carloman I ini dibina daripada fiber karbon dan keluli.
Bagaimanapun, kelajuan jentera buatan syarikat China ini hanya mampu pergi sejauh 140km/j sahaja dipercayai kerana faktor badannya yang seberat 4.5 tan.
Foto: Mail Online
Pun begitu, bakal pembeli ditawarkan untuk menaik taraf casis mereka untuk menjadikannya kalis peluru, menjadikan beratnya kepada enam tan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Wow. Bleh wat loan 9 tahun tak.? {:question |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik nyaaaaa
Tapi dh berat tu, petrol pon byk makan |
|
|
|
|
|
|
|
naik MRT je dik, aircond pun kuat, bangla pun kurang
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 2-4-2018 06:32 PM
naik MRT je dik, aircond pun kuat, bangla pun kurang
Hahah teringat plak i balik keje haritu, naik ktm dok bwh ketiak bangla. Tahan je la 30 minit nk smpi destinasi. Lps tu, asal peak hour je, sanggup naik erl walaupun mahal byk |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada banyak duit apa ada hal kalau minat nak belinya ikut kemampuan masing2 ler |
|
|
|
|
|
|
|
Baik beli kenderaan tentera terus....humvee ke, lipanbara ke... |
|
|
|
|
|
|
|
bau bawang ke bau onion sis? bukan semua orang bertuah dapat bau ketiak
|
|
|
|
|
|
|
|
Tayar kalis peluru tak? Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
semangat nak tgk video bukti bullet proove kene tembak bertubi2 ke apeke
last2 cuma bawak awek jln2
|
|
|
|
|
|
|
|
ada ke org nak main ps4 dalam kereta tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun 'Made In China' tapi harga SUV ni sangat mahal seiring dengan specifications yang ditawarkan.
Jadi, istilah kononnya barangan China tidak berkualiti tidak boleh diguna pakai lagi sebab we get what we paid for. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kelajuan maksimum 140km/j untuk SUV ini sangat tak best. Viva lagi laju. |
|
|
|
|
|
|
|
Knp bsegi segi sgt design nih.. x lawaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 3-4-2018 12:41 PM
Tapi kelajuan maksimum 140km/j untuk SUV ini sangat tak best. Viva lagi laju.
Kan.. Gue agree wit u bro... |
|
|
|
|
|
|
| |
|