View: 1609|Reply: 10
|
BNM Gagalkan Cubaan Rompakan Siber
[Copy link]
|
|
Selepas rompakan siber ke atas Bank Bangladesh pada 2016 yang mengalami kerugian sebanyak ASD81 juta (RM312.6 juta), terbaru Bank Negara Malaysia (BNM) pula menjadi mangsa serangan siber.
Menurut BERNAMA, ada pihak cuba memindahkan dana secara haram melalui penggunaan mesej Persatuan Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Sedunia (SWIFT) yang dipalsukan.
Bagaimanapun, berkata dalam satu kenyataan pada Khamis, BNM tidak mengalami sebarang kerugian sejurus pihaknya berjaya mengesan dan mengagalkan rancangan itu.
Foto: The Coverage
Dalam kenyataan itu turut memaklumkan, semua urus niaga tanpa kebenaran telah dihentikan melalui tindakan segera dengan kerjasama SWIFT, bank-bank pusat dan institusi-institusi kewangan yang lain.
"Tidak ada sebarang gangguan ke atas sistem pembayaran dan penyelesaian lain yang dioperasikan oleh bank pusat.
"Kami ingin meyakinkan orang ramai bahawa sistem pembayaran dan penyelesaian Malaysia kekal tidak terjejas dan akan terus beroperasi seperti biasa," katanya.
Tambahnya, semua langkah kawalan risiko yang dilaksanakan adalah berkesan untuk menghalang kejadian itu, manakala siasatan terperinci mengenai insiden dijalankan dengan kerjasama agensi penguatkuasaan tempatan dan antarabangsa.
"Kami juga akan terus berjaga-jaga dan sentiasa berada dalam keadaan bersedia, kerana insiden pada masa depan mungkin akan melibatkan perancangan dan pendekatan yang lebih sofistikated," katanya.
BNM juga menasihati agar semua institusi kewangan berhati-hati dengan risiko keselamatan siber. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Makin lama makin terlebih pandai perampok2 nih |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap: tahniah BNM, moga dapat tangkap juga MO1 parompak offline
{:thief nyorok2 |
|
|
|
|
|
|
|
weols br dr emails yg delete and report kt risk department kalau received email dr BNM which is email tu spam
|
|
|
|
|
|
|
|
polis entry one to jaga, siapa mati pencuri jaga
|
|
|
|
|
|
|
|
wah terus terbayang movie kl special force bila baca berita ni |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah
Tahniah BNM |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah BNM
Selamat duit duit kita org malaysia ya |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah BNM |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat hackers skrg
Rompak on line je |
|
|
|
|
|
|
| |
|