CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: debab76

Edisi Akhirnya : Filem Dukun ke Pawagam 5 APRIL INI!! | Cipta Sejarah, Kutip 1.5

  [Copy link]
Post time 2-4-2018 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
danieladam replied at 2-4-2018 09:52 PM
IOLS tgk interview dgn datin paduka umie, elyana dan faizal husin kat hlive tadi, tetiba iols decide ...


Sure yg di interview puas nk ingat balik momen2 best masa shooting.. yelah cite 11 thn lepas.. ehe.. elyana masa tu baru 20 thn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2018 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah Ramli hassan ni selalu berdampingan dgn wanita berkebaya merah. Vee dah menang best actress FFM (the red kebaya).. adakah datin berduka bakal ikut jejak langkah??
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Wiken hrtu iolls tgk wayang.. tetibe screen hitam ada suara seram "akhirnya kita bertemu".. #perempuankebayamerah ingatkan cite apa.. sbb xtulis dukun pon..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 30-3-2018 09:34 PM
Kat bod MPS ade tred baru pasal kes MF ni, kalo rajin nak baca...

Dah lama tak jenguk bod mps..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 2-4-2018 12:05 PM
Wow.... orgasm meols dgr berita ni hukeh
11 tahun terperap...confirm meols akan g wayang tgk

Haha orgasm cam pundek
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
shanew3stga1z replied at 2-4-2018 12:03 PM
knp aku sorg rasa cite ni tak best ?

personal taste nyah. nothing wrong with that.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2018 11:37 PM | Show all posts
Filem 'Dukun' akhirnya ditayang selepas 12 tahun, ini komen pengarahnya Dain Said
Bagi peminat filem tempatan dan penggemar genre thriller mistik, berita terbaru ini mungkin membangkitkan rasa teruja, meskipun terpaksa menahan keinginan itu lebih sedekad.

Filem Dukun yang telah menjalani penggambaran sejak 2006, akhirnya bakal bertemu penonton di layar perak beberapa hari lagi.

Menurut pengarahnya, Dain Said, beliau bersyukur apabila mendapat tahu filem itu 'lulus dan lepas' untuk tayangan umum selepas 12 tahun ‘disimpan’.

“Kerja keras yang dilakukan oleh peneraju utama dalam filem ini seperti Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein, Bront Palare dan Namron akhirnya berbaloi kerana mereka telah berikan yang terbaik ketika penggambaran filem.

“Walaupun saya baru munggu lepas saya dapat tahu filem ini akan ditayangkan di pawagam, tetapi saya masih mahu berterima kasih kepada pihak penerbit, Astro Shaw atas usaha untuk tayangan Dukun,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Tambahnya, tiada babak yang akan dipotong dan jalan cerita akan kekal sama seperti mana 12 tahun lalu sewaktu sesi penggambaran dijalankan.

“Memang sejak dari awal Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) tidak pernah potong mana-mana scene, jadi untuk tayangan di pawagam ini tiada scene yang akan dikeluarkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Astro Shaw menerusi platform media sosial Twitter telah melancarkan trailer pertama dan telah mengejutkan banyak pihak yang tidak menyangka filem itu akhirnya akan ditayangkan di layar perak.

Filem Dukun yang akan ditayangkan pada 5 April ini mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam dan kaitannya dengan kes pembunuhan.



Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 2-4-2018 01:49 PM
btw nk tny la since cite ni x lps nk tyg masa cite ni lps shooting kan..then payment kt retis n crew ...

bikin pilem bukan mcm jual property nyah. cari buyer sign s&p dulu baru pacak tiang.
astro shaw dah keluar modal 2.7 jota utk dukun, dah termasuk payment krew2, pre post production, pelakon bla bla... tp alih2 tak jadi tayang, that's actually astro shaw's decision n prerogative nyah.
kecuali lah kalau guna crowd funding, atau national project yg guna tax payers money...mmg patut le orang bising knp diperap.

so tgk lerrr nnt pilem ni mamfu pecah panggung atau bakalan flip flop.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2018 01:02 AM | Show all posts
bukan dulu filem ni xleh ditayangkan sebab waris mona fandey x bagi ke
siap dapat perintah mahkamah kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 02:00 AM | Show all posts
Edited by katibism at 3-4-2018 02:01 AM
dauswq replied at 30-3-2018 03:00 PM
ade peluang mak cik ummie aida rangkul best actress ffm thn depan gini

wlpn overdue 10 thn..

Aiols rasa setakat ni yg mampu tembus Top 5 :

Pelakon Lelaki Terbaik FFM


1. Faizal Hussein (Dukun)
2. Rosyam Nor (Lee Chong Wei / KL Special Force)
3. Shaheizy Sam (Pinjamkan Hatiku)
4. Zul Ariffin (Tombiruo)
5. Remy Ishak (Pulang)  - x tayang lg
6. Zahiril Adzim - One Two Jaga - x tayang lg

Pelakon Wanita Terbaik FFM

1. Umie Aida (Dukun)
2. Nabila Huda (Tombiruo)
3. Maya Karin (Munafik 2) - x tayang lg
4. Delimawati (Hantu Kak Limah 3) - x tayang lg
5.

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM

1. Anas Ridzuan (Busker)
2. Farid Kamil (Tombiruo)
3. Namron (Dukun)
4. Nasir Bilal Khan (Munafik 2)- x tayang lg
5. Rosdeen Subuh - One Two Jaga - x tayang lg

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM

1. Elyana (Dukun)
2. Yeo Yann Yann (Lee Chong Wei)
3. Sherie Merlis (Lee Chong Wei)
4. Uqasha Senrose (Hantu Kak Limah 3) - x tayang lg
5.

Pelakon Harapan Lelaki

1. Hafeez Mikail (Busker)
2. Fattah Amin (KL Special Force)
3. Tosh Chan (Lee Chong Wei)
4. Shukri Yahaya (Surf This Love - Gelora Jiwa)
5. Syafiq Kyle (Langsuir) -  x tayang lagi


Pelakon Harapan Wanita

1. Daiyan Trisha (Busker)
2. Farah Ahmad (Jibam)
3. Ayda Jebat (Pinjamkan Hatiku)
4. Faye Kusairi (Tombiruo)
5. Puteri Aishah (Pulang) - x tayang lg

Nota : Maybe ada pelakon Cina/India akan tembus Top 5. Tapi aiols x tengok filem deols

Yg bakal promising :

One Two Jaga , Hantu Kak Limah 3, Munafik 2, Polis Evo 2 ??


Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by willow12 at 3-4-2018 10:48 AM
katibism replied at 3-4-2018 02:00 AM
Aiols rasa setakat ni yg mampu tembus Top 5 :

Pelakon Lelaki Terbaik FFM


filem blm tayang pun dah diramal ada pencalonan ke top 5.. hehehe.. obvious sgt kan pattern senario filem2 tempatan dari tahun ke tahun..

kaka, pilem aqerat kena consider jugak.. directornya baru menang tokyo international film festival yach!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dah start trending kat twidder uolsss..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 10:57 AM | Show all posts
watachiwa replied at 30-3-2018 12:12 PM
aku ade versi copy internet tu.. tp tgk 2 minit je sbb ms lunch bukak tgh makan jd x lalu nk mkn. ha ...

Pm aku please... nak tgk jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 10:59 AM | Show all posts
nak tau ending je

apekah anak dia bisa lari dari menjadi the next dukun?
apekah faisal hussin dapat balik anak dia?
apekah pembantu dukun tu kena tangkap?
apekah mati dukun itu  bila dijatuhkan hukuman mati ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 06:08 PM | Show all posts
willow12 replied at 3-4-2018 10:45 AM
dah start trending kat twidder uolsss..

Kat Youtube Malaysia pun trending Dukun ni

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Astro AwaniToggle navigation


BERITA  | HIBURAN
Filem 'Dukun' akhirnya ditayang selepas 12 tahun, ini komen pengarahnya Dain Said
Siti Nursyazwani, Astro Awani |  Diterbitkan pada April 02, 2018 11:56 MYT
Filem 'Dukun' akhirnya ditayang selepas 12 tahun, ini komen pengarahnya Dain Said
Filem Dukun yang akan ditayangkan pada 5 April ini mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam. - Foto: Twitter/@AstroShaw
KUALA LUMPUR : Bagi peminat filem tempatan dan penggemar genre thriller mistik, berita terbaru ini mungkin membangkitkan rasa teruja, meskipun terpaksa menahan keinginan itu lebih sedekad.

Filem Dukun yang telah menjalani penggambaran sejak 2006, akhirnya bakal bertemu penonton di layar perak beberapa hari lagi.

Menurut pengarahnya, Dain Said, beliau bersyukur apabila mendapat tahu filem itu 'lulus dan lepas' untuk tayangan umum selepas 12 tahun ‘disimpan’.

“Kerja keras yang dilakukan oleh peneraju utama dalam filem ini seperti Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein, Bront Palare dan Namron akhirnya berbaloi kerana mereka telah berikan yang terbaik ketika penggambaran filem.

“Walaupun saya baru munggu lepas saya dapat tahu filem ini akan ditayangkan di pawagam, tetapi saya masih mahu berterima kasih kepada pihak penerbit, Astro Shaw atas usaha untuk tayangan Dukun,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Tambahnya, tiada babak yang akan dipotong dan jalan cerita akan kekal sama seperti mana 12 tahun lalu sewaktu sesi penggambaran dijalankan.

“Memang sejak dari awal Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) tidak pernah potong mana-mana scene, jadi untuk tayangan di pawagam ini tiada scene yang akan dikeluarkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Astro Shaw menerusi platform media sosial Twitter telah melancarkan trailer pertama dan telah mengejutkan banyak pihak yang tidak menyangka filem itu akhirnya akan ditayangkan di layar perak.
Filem Dukun yang akan ditayangkan pada 5 April ini mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam dan kaitannya dengan kes pembunuhan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2018 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
PELAKON terkenal, Datin Paduka Umie Aida gembira dan tidak menjangka filem Dukun akhirnya ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 5 April ini.

Umie, 44, berkata, penantian selama 12 tahun akhirnya berbaloi meski sebelum ini beranggapan filem itu sudah tidak ada harapan untuk dipertontonkan kepada khalayak.

“Saya dimaklumkan filem ini bakal ditayangkan seminggu lalu. Sejujurnya, saya tidak menjangka sama sekali apatah lagi filem ini sebelumnya diharamkan tayangannya pada Disember 2006.


“Malah, sewaktu kecoh filem ini bocor di Internet bulan lalu, tidak ada sebarang maklumat mengatakan ia bakal ditayangkan. Lagi pula, apa yang berlaku daripada sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak,” katanya kepada Harian Metro.

Penayangan filem yang menjalani penggambaran pada 2006 itu sekali gus merungkai misteri perempuan kebaya merah yang tular baru-baru ini.

Dalam masa sama, Umie yang melakonkan watak Diana Dahlan iaitu dukun dalam filem itu menghargai usaha pihak penerbit, Astro Shaw yang berusaha bagi menastikan filem arahan Dain Said itu dapat ditayangkan.

Menurut Umie, dia berasa gementar menunggu maklum balas daripada penonton terutama membabitkan wataknya.

“Alhamdulillah, semua kerja keras pelakon dan kru berbaloi. Sekurang-kurangnya penonton boleh tengok usaha semua pihak dalam menghasilkan filem ini.

“Ia bukan kerja seorang dua, tapi semua yang terbabit. Sejujurnya, saya berasa gementar kerana selepas 12 tahun menunggu. Saya terima dengan terbuka setiap komen dan maklum balas diberikan.

“Ingin ditegaskan, kebanyakan babak dalam filem yang bocor sebelum ini tidak terdapat dalam filem yang bakal ditayangkan. Filem penuh dan sebenar dapat disaksikan Khamis ini,” katanya.

Dukun diadaptasi daripada kes pembunuhan berprofil tinggi yang membabitkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam.

Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) mengharamkan filem berkenaan kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga pihak terbabit.

Selain Umie, filem itu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Adlin Aman Ramli, Namron, Faizal Hussein, Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Mislina Mustafa, Soffi Jikan, Hasnul Rahmat, Elyana dan ramai lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 06:29 PM | Show all posts
dah tengok dah. hari tu ada orang letak link kan. cuma ending cerita tak tahu. pada saya, cerita ni more to mystery. tak seram sangat pun.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 06:49 PM | Show all posts
katanya dh potong banyak scene... baik i tengok citer tamil..seram gak main libas2 parang kain senteng ke paha
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 2-4-2018 12:57 PM
Paling dekat d pulze je kot setakat nie i check tadi, cuma belum beli lah hehe.. tq sis

Jom tgk kt dpulze..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.077499 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list