View: 3833|Reply: 36
|
Dilibas Rakan Dengan Batang Paip Kerana Hutang
[Copy link]
|
|
Akibat berhutang, seorang lelaki berusia 30-an cedera di kepala dan telinga kanan selepas dua rakan melibasnya dengan batang paip dan kerusi.
Memetik BH Online, kejadian di Kampung Penampang Proper itu berlaku pada 5.30 petang, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, dalam kejadian, mangsa didatangi dua lelaki yang dikenalinya ketika dia sedang membasuh keretanya.
"Salah seorang suspek kemudian menghampiri mangsa sambil memegang batang besi berukuran satu meter dan bertanya berapa jumlah hutangnya yang masih belum dijelaskan kepada mangsa.
"Belum sempat mangsa menjawab, suspek memukul menggunakan batang paip di bahagian telinga kanan dan bahagian kanan kepala mangsa, selain dipukul menggunakan kerusi.
"Siasatan mendapati mangsa mengenali suspek hampir 10 tahun dan mengesyaki punca kejadian disebabkan hutang," katanya.
Tambah Mohd Haris, pihaknya kini sedang mengumpul maklumat bagi mengesan kedua-dua suspek yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Rule of thumb..... kalau berhutang.... bayar.... jangan cuba nak mengelat. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ka Maideen? Betul la Islam itu mendahului zaman.
Dalam perbanken Islam.... riba itu haram. Tapi dont worry..... twist sikit cerita jadikan dia jual dan beli mesin MRI (macan nak koner Tuhan) adalah halalan toiyyiban |
|
|
|
|
|
|
|
Dia bg hutang..dia yang kena libas..
Siannya |
|
|
|
|
|
|
|
Barangkali kalau nak selamat lebih baik jangan memberi pinjaman kepada sesiapa pun. |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 27-3-2018 06:53 PM
Dia bg hutang..dia yang kena libas..
Siannya
Betul la cakap kau. Dia beri hutang dia kena libas. So kalau dia Islam..... cakap kat pemiutang tu..... kau tak nak bayar kau punya pasal. Tapi aku tak akan halalkan hutang ni OK. Tapi sapa yg berjiwa besar....halalkanlah dan mohon Allah beri rezeki yg lebih ..... konsep rezeki ni luas, bukan duit semata-mata |
|
|
|
|
|
|
|
batu kikir replied at 27-3-2018 07:10 PM
Betul la cakap kau. Dia beri hutang dia kena libas. So kalau dia Islam..... cakap kat pemiutang tu ...
Huhu...tu.la...agaknya dia try mintak
Last last suspek tu tunjuk samseng plak kan...gila lah..
Iols senang je...iols.penah mesej acik.yg hutang xnak bayar ni...
Nnt acik dh.mati..minta.waris acik.panggil saya sebab saya nak tuntut hutang..hahahaha....
Sampai.skang xbayar...punya hati kering |
|
|
|
|
|
|
|
Sembahyang tonggang tonggek.........hutang tak nak bayar.
Dalam Islam.........nak masuk syurga tu almost zero lah kecuali kalau waris tolong bayarkan (itupun kena beitahu waris)........atau sipemberi hutang yang halalkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
batu kikir replied at 27-3-2018 09:31 PM
Sembahyang tonggang tonggek.........hutang tak nak bayar.
Dalam Islam.........nak masuk syurga tu ...
Iols.mmg x halalkan
Iols.kena.tamggung hutang dia segalak...
Sampai.iols tinggal.spender je..
Lahir tahun 1955..tahap.nenek.iols.taw..muda.10tahun dr nenek.iols.pon.perangai.x hengat kubur..
Tu pasai iols.bgtau dia begitu..hahahaha
Kot dia mati dulu..iols.nak pi tuntut segala.hutang drpd dia..
Naseb iols x libas parang je kt dia |
|
|
|
|
|
|
|
sib baik hutang si semut aku dah bayar habis
![](static/image/smiley/default/3drool.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Maideen. replied at 27-3-2018 10:32 AM
Tapi bagi orang Isle mereka boleh memilih untuk mengadu kepada suatu persatuan dimana persatuan it ...
hg nak cakap suspek kat atas isle ke? takde kena mention pon.. |
|
|
|
|
|
|
|
If that is the case..........kalau orang tu mati
Memang kau ada hak minta hutang kau dijelaskan olih waris.
Sila sediakan bukti, dokumen ke hape.
Doa yang terbaik untuk kau. Simpati juga untuk kau. Semoga kau berjaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Rakan tu??? kenapa libas dgn batang paip???
|
|
|
|
|
|
|
|
Inilah akibatnya apabila memberi hutang kepada orang yang tidak bertanggong jawab. ![](static/image/smiley/default/sad.gif)
Wallahualam. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
persatuan pengguna kristian tak buat servis macam ni ke maideen?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|