View: 2922|Reply: 5
|
Kafe Kematian Di Thailand - Bawa Kawan Yang Duniawi Ke Sini!
[Copy link]
|
|
Anda sukakan kelainan ketika mencari tempat makan?
Maklumlah restoran atau café hipster seperti kafe kucing, restoran K-Pop, atau kafe unik sudah agak terbelakang sedikit.
Ini kerana ada satu lagi kafe yang berkonsepkan lain dari yang lain kini dibuka di Thailand.
Bagi mereka yang sukakan cabaran dan adrenalin laju, sangatlah dialu-alukan untuk ke negara Gajah Putih ini.
Memperkenalkan Kid-Mai Death Café yang berada di Khet Phaya Thaiini membawa tema kematian bagi dekorasi restorannya.
Mendengar sahaja pun sudah meremangkan bulu roma. Belum lagi memasuki kafe yang menjadikan hitam sebagai warna utamanya. Sementara itu, di setiap sudut kelihatan kalungan bunga yang biasanya digunakan untuk memberi ucapan oleh hadirin. Seram kan?
Bagaimana pula dengan menu yang dihidangkan?
Oh! Namanya juga kurang menyenangkan seperti 'penyakit', 'penuaan', 'kesakitan', dan 'kematian'. Lalu ke nak makan?
Kalau anda seorang yang berani, bolehlah cuba untuk berbaring di dalam kotak mayat yang berada di hadapan kafe. Jika anda mematuhi masa yang ditetapkan, anda akan diberikan diskaun makanan.
Biasalah, ada komen positif dan negatif tentang sesuatu perkara yang baru. Namun pihak pengurusan kafe ini tampaknya beriya-iya memberi persepsi baru kepada pengunjung tentang kehidupan dan kematian.
Pendek kata ia memberi kesedaran tentang kematian dengan pelbagai peringatan di pelbagai sudut. Antara yang menarik ialah
"ada akhirnya anda tidak akan membawa apa-apa."
atau
"Apakah anda sudah siap jika malam ini anda tertidur dan tidak akan bangun lagi?"
Foto Carian internet
Wow! Tiba-tiba rasa insaflah pula. Eloklah bawa kawan-kawan yang duniawi sangat itu ke sini. Dapat juga sedikit kesedaran. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak lalu nak makan di restoran gitu huhuuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau cafe ni ada kat sini penuhlah tanda pagar kematian nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Nak makan pun tak selera dah dok ingat mati je |
|
|
|
|
|
|
|
makanan bentuk kubur ker? |
|
|
|
|
|
|
|
lebih helok pergi sini dari pergi kafe bertema tandas..
sampai sekarang kalau teringat gambar orang makan dlm mangkuk tandas, langsung kembang tekak |
|
|
|
|
|
|
| |
|