View: 865|Reply: 0
|
Dhabitah Tekad Lakukan Terbaik Di Komanwel Gold Coast
[Copy link]
|
|
Penerjun negara Nur Dhabitah Sabri teruja bakal beraksi di pentas Sukan Komanwel buat kali kedua.
Dia akan beraksi dalam 4 acara iaitu 1 meter papan anjal dan 3 meter papan anjal dalam acara individu.
Sumber Google
Manakala 2 lagi acara, 1 meter papan anjal seirama dan 3 meter papan anjal seirama, Dhabitah akan bergandingan bersama penerjun senior iaitu, Leong Mun Yee.
"Mun Yee penerjun berpengalaman dan saya bangga dapat beraksi bersamanya. Meskipun dia sudah lama tidak beraksi dalam acara papan anjal, namun dia berjaya menaikkan mata 'dive' '' katanya.
Walaupun gagal menunjukkan aksi memberangsangkan di dua kejohanan siri piala dunia di Beijing dan Jepun awal Mac lalu, Dhabitah enggan memandang ke belakang.
sumber Google
Sebaliknya bertekad menebus kehampaan itu pada Sukan Komanwel yang akan bermula 4-17 April ini.
Sudah pasti kejayaannya meraih pingat gangsa acara 10 meter platform bergandingan bersama Pandelela Rinong ketika edisi Komanwel 2014 di Glasgow dijadikan penanda aras untuk melakukan yang lebih baik.- CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|