View: 49821|Reply: 102
|
Buai Laju-Laju - di pawagam 9 September 2004
[Copy link]
|
|
Zaiton ialah seorang wanita licik yang banyak muslihat. Tajuk Buai Laju-Laju ada makna mendalam. Kelajuan buai bergantung kepada orang yang membuainya dan di situlah peranan Zaiton hingga berlaku pembunuhan, tetapi orang tidak nampak siapa melakukannya. Zaiton berkahwin dengan Ibrahim, lelaki tua yang kaya, kerana hartanya, tetapi kecewa apabila hidupnya tidak mewah. Suaminya hanya kaya tanah, bukan duit. Zaiton menggoda Amran hingga lelaki itu sanggup buat apa saja, termasuk membunuh suaminya!
Pengarah
U-Wei Saari
Penulis
U-Wei Saari ... Cerita
Awak Ko Na'Ang ... Skrip
Mr Ri ... Skrip
Mung Kheng Khoo ... Skrip
Anwar Idris ... Skrip
Pelakon
Eman Manan ... Amran
Betty Banafe ... Zaiton
Khalid Salleh ... Ibrahim
Liza Zain ... Ruby
Hasnul Rahmat ... Johan
Baharuddin Omar ...
Adlin Aman Ramli ...
Anwar Idris ...
Amran Tompel ...
Firdauz Azami ...
source: www.filemkita.com
filem terbaru arahan U-Wei ...
dijangka kuar tahun ni tp tak tau biler .....
dr sinopsis trasa seperti menarik ... lgpun penulis cerita ialah U-Wei n pengarah juga U-Wei
[ Last edited by fly_in_d_sky on 29-5-2004 at 08:51 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
macam best. and eman, always like his films..... |
|
|
|
|
|
|
|
uhu
nampak best plot cerita... |
|
|
|
|
|
|
|
Betty Banafe ni aku tengok satu drama bersiri apa entah, lakonan dia hidup cam swimming pool yang tak de air... nasib baik dia cun... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by marquez at 29-2-2004 06:21 PM:
Betty Banafe ni aku tengok satu drama bersiri apa entah, lakonan dia hidup cam swimming pool yang tak de air... nasib baik dia cun...
hoho...aku menduga ko akan sebut tentang filem2 Uwei yg dedulu...tapi nampaknya silap..ko sentoh pesal Betty Banafe lak... |
|
|
|
|
|
|
|
Projek Pembangunan Filem Akan Datang Syarikat LebrocuyFraser (yg produce buai laju-laju)
Filem2 dalam persediaan penggambaran ada dua iaitu Almayer's Folly dan Five Worlds
ALMAYER碨 FOLLY
Format : 35mm
Duration : 116 minutes
Writer / Director : U-Wei Bin HajiSaari
Executive Producers: : Julia Fraser - Julie le Brocquy
Director of Photography : Alain Choquart (France)
Production Designer: Desmond Crowe (UK)
Estimated to go into production June 2004
INTRODUCTION
Joseph Conrad抯 debut novel, 慉lmayer抯 Folly |
|
|
|
|
|
|
|
huh.pelakon semua besh...
minat Hasnul....tentu syok
citer nih....... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon rase citer ni cam best..tapi publsiti yg diberikan tak sehebat promosi filem razak mohaideen dan yusof haslam..tapi itu tak bermakna filem ni tak berkualiti...aku salute kat u-wei ni, org sibuk2 amik yusry ngan erra dia tak kisah sgt amik pelakon yg tak fames sgt..janji hasilnya memuaskan... |
|
|
|
|
|
|
rodriguez This user has been deleted
|
apasal tak pernah dengar filem ni..pelik...publisiti kurangg.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun tak pernah dengar...cuma terbaca sekali dlm majalah siasah lepas tu tiada sebarang media bercetak atau digital yg menyampaikan maklumat tentang ini sehinggalah muncul kat filemkita.com baru2 nieh.... |
|
|
|
|
|
|
|
YANG PASTI FILEM NI MESTI TAK DAPAT SAMBUTAN DI PAWAGAM, INI FILEM UTK MENANG AWARD BUKAN UTK KOMERSIAL.....
[ Last edited by tipah on 3-3-2004 at 07:52 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat ni aku baru tengok Perempuan ngan Kaki Bakar je.. tapi dedua aku rasa boring.... tak taulah macamana yang baru ni... aku nak tengok Betty Banafe je... tengok skirt dia kat dalam gambor tu terselak sampai ke telinga..... *geleng kepala* apa nak jadi nih..... |
|
|
|
|
|
|
|
sinopisisnya macam citer lenjan je...
3 pelakon ni jugak le yg belakon almayaer's folly nanti.... |
|
|
|
|
|
|
|
barula dpt masuk thread ni...dr siang tadi asik lag aje... hmmmm... |
|
|
|
|
|
|
rodriguez This user has been deleted
|
lawa gak betty ni..kacukan mana ? |
|
|
|
|
|
|
|
Buai Laju-Laju ke Festival Filem Antarabangsa Singapura
FILEM terbaru arahan U-Wei Saari, Buai Laju-Laju dipilih ke Festival Filem Antarabangsa Singapura (SIFF) 2004 yang mula berlangsung kelmarin di kota Singapura. Penyertaannya dipilih penganjur berdasarkan ia sebuah filem yang mempunyai unsur estetika dan semangat artistik yang baik.
U-Wei Saari
Filem berkenaan dibintangi Khalid Salleh, Eman Manan, Betty Banafe, Adlin Adman Ramli, Hasnul Rahmat, Baharuddin Omar, Amran Tompel, Liza Zain, Firdaus Azami dan Anwar Idris. Filem itu yang dihasilkan secara senyap-senyap tanpa publisiti sewaktu pembikinannya dianggap U-Wei sebagai satu percubaan mencari keserasian hubungan lakon antara Khalid dan Eman yang bakal membintangi filem akan datang, Almayer.
Difahamkan selain Buai Laju-Laju, satu lagi filem dari Malaysia, Paloh arahan Adman Salleh turut menyertai SIFF 2004, bermula 18 April lalu. Ia bertanding dalam bahagian Layar Perak untuk beberapa kategori utama.
揝elepas filem ini disiapkan sejak Februari lalu dan lulus Lembaga Penapisan Filem Malaysia pada 18 Mac lalu, inilah kali pertama ia memasuki festival antarabangsa dan belum lagi menyertai festival di Malaysia. Buai Laju-Laju menyertai festival ini bukan kerana dicalonkan tetapi ia diminta penganjur untuk bertanding. Mulanya penganjur hanya berminat untuk sesi tayangan tetapi kemudian mereka mahu ia turut bertanding.
揝aya tidak fikir sangat mengenai soal kalah atau menang tetapi mahu pendedahan dan berpeluang dapat tengok sejauh mana maklum balas untuk masyarakat Malaysia. Orang Malaysia juga sering berharap kalau ada filem boleh menang atau sertai festival di luar negara, mereka lebih ingin hendak tengok dan menilainya.
揜asanya, ia lebih menarik kalau Buai Laju-Laju sertai festival tempatan dulu tetapi orang luar yang pilih dulu.
Sebenarnya, kami juga dapat jemputan daripada pihak lain untuk sertai festival filem antarabangsa di Filipina, India dan Perancis. Saya akan pertimbangkan ke festival lain.
揧ang penting, saya mahu urus tayangannya di Malaysia terlebih dulu. Bagi saya, ia masuk bertanding atau tidak, tidak penting sebab ia bukan muktamad. Saya masih rasakan, tayangan lebih penting tapi kita sekarang ada banyak filem yang ikut skim Wajib Tayang. Saya tidak pasti lagi sama ada hendak tayang sendiri atau ikut Wajib Tayang Finas, |
|
|
|
|
|
|
|
2 Mac 2004
Ada satu klip preview dalam website penerbitnya. Bukan klip dari filem, tapi gambar-gambar dari poster yg telah disusun menjadi sebuah persembahan. Muzik atau apa-apa bunyi pun tiada. Bolehlah download kalau dah tak sabar menanti. Pastikan ada perisian Quicktime untuk menontonnya.
http://www.lebrocquyfraser.com/0 ... ng_high_preview.htm
http://www.lebrocquyfraser.com/downloads/endBLL.mov
18 Februari 2004
TARIKH BELUM DIPASTIKAN - masih lagi belum ada pengumuman, tapi filem ini sah akan menyertai Festival Filem Singapura April nanti. Mungkin akan ditayangkan di Malaysia selepas itu (Mei? Jun?). Nampaknya sekali lagi orang luar dapat tengok dulu filem U-Wei ni. Lagipun tayangan di Malaysia tak perlu cepat-cepat, bukan orang nak tengok sangat pun.
source: filemkita.com |
|
|
|
|
|
|
|
eh citer nih ker yg dibuat pakai grant dr jepun tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by letitbe at 31-5-2004 17:02:
eh citer nih ker yg dibuat pakai grant dr jepun tuh?
yg tuh bukan ker JOGHO ? dah berzaman dah Uwei dapat duit Jepun tuh....skrag dia tak perlu duit jepun lagi pesal dia dah terikat dengan production house international.....company pengeluar filem2 dia milik org Perancis....dan mereka ada dana sendiri....
Sekarang nie...yg dapat duit Jepun utk buat filem ialah Amir Muhammad...untuk itu dia bikin Toko Magic Hour...yg akan keluar bila2 masa dalam tahun ini kot....dah lama aku ternantikan filem terbaru Amir nie...takde dengar cerita terbaru pulak.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|