View: 5645|Reply: 3
|
Puas Dan Berbaloi, Makan Sampai Lebam Di Makette Steamboat & Grill
[Copy link]
|
|
Kampung anda di Terengganu? Ada merancang balik Terengganu bertemu ahli keluarga tercinta?
Bila dah berkumpul bersama ahli keluarga pasti ada perancangan keluar makan beramai-ramai, bukan? Tempat makan yang kami syorkan kali ini ialah Makette Steamboat & Grill.
Foto: Facebook
Sebelum ini ia dibuka di Tanah Merah, Kelantan dan kini cawangannya terdapat di Cendering, Terengganu. Kalau berkunjung ke negeri Darul Iman ini jangan lupa singgah ya!
Foto: Facebook
Selain makanan-makanan yang terdapat di dalam gambar di bawah terdapat juga pelbagai jenis sayur-sayuran, 7-8 jenis sos pencicah, mee dan kuey teow goreng, roti bakar dan 4 jenis aiskrim. Ruang kedai pun selesa.
Foto: Facebook
Memang sesuai dan puas makan beramai-ramai dengan ahli keluarga. Ia dibuka setiap hari kecuali hari selasa dari pukul 5 petang sehingga 12 malam.
Foto: Facebook
Senarai Harga:
Dewasa: RM25
Kanak-kanak: RM10
Warga Emas: RM15
OKU: RM15
Hari Lahir: PERCUMA
Foto: Facebook
Lokasi :
KUALA TERENGGANU.
Mukim Cendering,
Sebelah hotel Seem Noor.
Foto: Facebook
TANAH MERAH.
Depan Lee Rubber,
Jalan Pasir Mas-Tanah Merah
Foto: Facebook
Tempahan Dan Pertanyaan:
Kuala Terengganu - ‭013 669 9905‬
Tanah Merah - ‭019 771 5220‬
Kalau balik kampung sempena cuti sekolah ni jangan lupa singgah makan di steamboat Makette. Puas dan berbaloi-baloi! -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
macammana sebut tu? mak kita ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya tapi harga sama Ngan lembah klang |
|
|
|
|
|
|
| |
|